Sunday, January 26, 2014
Manusia
Matanya merenung tepat ke lautan biru yang memukul pesisir pantai yang putih. Sesiapa pun pasti akan tenang dengan melihat kejadian alam semulajadi ciptaan Tuhan.
''Hoi, Miji! Buat apa tu!'', sapa Jak dengan suara yang kuat sekali.
''Oi, terkejut aku!'', Miji spontan bersuara. Terkejut.
'' Kalau ya pun, tak payah lah main sergah macam tu ja! ''
'' Oh, sorry. Kenapa dengan kau ni. Macam ada masalah ja! ''
'' Tak ada apa lah! Aku okay je. ''
'' Ah, tak payah nak tipu. Aku tau kau ada masalah. Tengok muka pun dah tau. ''
Miji merenung kembali ke luar jendela biliknya. Difikirnya samada mahu memberitahu masalahnya kepada Jak atau tidak.
'' Oi, aku cakap dengan kau ni! Jangan nak drama sangat lah tengok luar tingkap tu! ''
Miji ketawa sahaja. Dia kenal benar dengan sikap Jak yang keluarkan-sahaja-apa-di kepala-.
'' Aku tak drama lah! '', kata Miji. '' Cuma, betul lah tekaan kau. Aku ada masalah ni ''
'' Aku tak teka. Aku tau. ''
'' Eh, annoying gila kau ni! ''
'' ok-ok. Sorry. Aku tak tau. Apa masalah kau sebenarnya?''
Miji menceritakan masalahnya itu kepada Jak. Jak pula menjadi pendengar yang baik. Diam sahaja dia kali ini. Dia cuba meletakkan dirinya di posisi Miji ketika itu. Dia benar-benar mahu memahami dan membantu menyelesaikan masalah kawannya itu sebaiknya.
''La, aku ingatkan masalah apa lah tadi.''
Miji yang sedang menunduk sahaja dari tadi laju-laju mendongak melihat wajah kawannya itu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jak menarik perhatiannya.
''Kau tau, Miji, masalah ko ni, semua orang pernah atau akan hadapi satu hari nanti. Sebab masalah ni akan sentiasa datang kat kita.''
Miji mendengar teliti.
''Ko tau, semua yang membuat kita rasa nak jadi jahat, negatif, malas dsb, semuanya adalah disebabkan bisikan. Samada syaitan yang bisik atau manusia yang bisik dan ajak buat jahat@bersahaja.''
Jak petah berkata-kata.
''Ko perasan tak, dalam surah an-Naas, ayat keempat dan kelima menunjukkan bisikan negatif akan sentiasa datang kepada kita. Contohnya, perkataan 'was-was', 'khannaas', dan 'yuwaswasa'.''
''Aku tak paham. Ce ko jelas sket. Aku tak pandai bahasa Arab ni.''
''Aku pun takde la pro sangat bahasa Arab ni. Sikit2 boleh la. Was-was. Perkataan ini bunyi nya berulang-ulang. W-a-s, W-a-s. Membawa maksud ia berlaku banyak kali. Khannaas pula membawa maksud datang dan pergi. Khannaas juga digunakan untuk bintang yang mengerdip. Lagi, sorof perkataan ini menunjukkan ia selalu dibuat. Contoh lain sorof yang sama ialah razzaak, wahhaab dan lain-lain. Jadi, apabila 'khannaas' digunakan, ia menjadi - akan SENTIASA datang dan pergi! ''
Miji tekun mendengar. Tak sangka surah yang dibacanya pada tiap waktu solat membawa maksud yang sebegini dalam.
''Lagi satu yuwaswasa. Dalam bahasa Arab, kata kerja dalam bentuk yang dipanggil fi'el mudhori' ini menunjukkan kerja yang sedang dilakukan dan juga akan dilakukan - future. Dua-dua boleh diguna pakai. Jadi perkataan yuwaswasa bukan sekadar sedang membisik, malah juga bermaksud AKAN membisik!''
Subhanallah. Bisik hati kecil Miji setelah mendengar ucapan Jak.
''So, habis lah aku macam ni! Setan duk bisik aku buat jahat macam dulu balik. Aku nak berubah!''
''Sebab tu Allah suruh kita meminta pertolongan daripada dia. 'Qul'. Senjata kita doa sahaja. Sebab iman kita sahaja yang mampu melawan bisikan, hasutan sume tu! So, make sure your relationship with Allah is strong! Eh speaking pulak.''
''Jadi, kalau kita tak doa, memang kompom kita buat maksiat la?''
Jak menggeleng-geleng kepalanya.
''Allah sayangkan kita, manusia. Tu antara sebab Allah letak perkataan Naas, iaitu manusia, sebelah sifatNya - Rabbinnaas, Malikinnas, Ilaahinnaas,kata sesetengah ulama'.''
Jak berhenti sebentar, menunggu riak wajah Miji menandakan dia faham.
''Jadi, ayat ke-5, Allah berfirman, mafhumnya, ''yang membisik-bisik di dada-dada manusia'', instead of ''membisik-bisik di hati-hati manusia''. Kenapa dada, bukan hati? Sebab, bisikan daripada syaitan atau manusia, limitnya pada dada sahaja.''
Jak tahu Miji tak berapa faham lagi menerusi eksperesi mukanya.
''Beginilah, bayangkan dada itu ialah pintu sebuah istana, dan hati sebagai istana. Jika ada bisikan datang mengetuk pintu istana, segalanya terletak pada kita samada mahu membuka laluan masuk ke istana itu atau tidak.''
''Wah!''
Jak terkejut apabila Miji menjerit secara tiba-tiba begitu.
''Sekarang aku dah faham. Setiap benda buruk yang kita buat, semuanya disebabkan kita sendiri. Bukanlah syaitan yang selama ni kita persalahkan. Sebab, padahal, kita sendiri yang membenarkan bisikan mereka masuk ke dalam hati. Dan sebab itu kita mesti mintak bantuan daripada Allah pasal perkara ni. Sebab kita ni lemah!''
''Yeah, lagi, sebab syaitan dan sesetengah orang suka bisik dan ajak kita buat maksiat yang memang seronok di dunia ni, tapi, mengundang azab Allah. Jadi, kita absolutely perlukan perlindungan dan guidance daripada Allah sebab hanya Dia yang mampu menolong kita.''
''Terima kasih lah Jak. Sekarang aku tau apa yang aku perlu buat!''
''Ha, bagus lah tu Miji. So, apa yang kau nak buat sekarang?''
''Tidooorr!!!''
''APAKAH.,.!''
Source :bayyinah/podcast
Sila rujuk link di atas untuk lebih mendalami.
:-)
Labels:
Deenee,
Qissoh,
Tadabbur,
Tulis-tulis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment