Friday, January 17, 2014

Aku.

Pertama kali mata terbuka,
Melihat alam dan dunia,
Kegelapan bayang-bayang hitam,
Di bawah sinaran yang tak pernah padam,
Terasa di segenap penjuru.

Tidak hairanlah,
Saat itu khilafah sudah hilang,
Giliran jahiliyah pula yang mendatang,
Membawa kegelapan di sebalik senyuman,
Insan murni terus alpa kian.

Tidak mengapalah,
Ketika itu aku masih kecil,
Jahiliyah ketika itu menawan aku rapi,
Kini aku sedar aku mahu cahaya Ilahi,
Bukan jahiliyah yang akan membawa,
Kepuasan yang tiada abadi.

Walaupun jalan ini payah,
Jalan ini susah untuk diredah,
Akan ku pastikan sisa hidupku ini membawa erti,
Menjulang kembali syiar Islam di puncak tertinggi,
Yang kini dipijak-pijak dek kelalaian diri ini sendiri.

Harapan ku hanya,
Redha Ilahi,
Bersama-sama dengan bidadari yang dijanji,
Bersama-sama ikhwah di kanan dan kiri,
Di syurga yang abadi,
Walau ku tahu, harganya mahal tak terbeli diri ini.



No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain