Saturday, June 29, 2013

Kerana Boss Aku Suruh


Aku ada Boss. Disebabkan dia Boss, dia sangat lah bossy - dia sendiri yang mengaku.

Boss?
Aku jugak ada rakan sekerja. Atau kawan kat office. Atau office-mate. Dia ni sangat lah pelik. Sebab dia merupakan orang yang Boss paling sayang.

Gaji bulanan dia lebih daripada aku walaupun aku lagi cekap bekerja daripada dia. Tapi, dia tak dengar pun cakap Boss. Tak buat pun apa yang si Boss tu suruh. Boleh kata hampir tiap-tiap hari dia sampai office ni sama waktu dengan Boss, malah kadang-kadang jalan sebelah-sebelah pulak dengan Boss. Si Boss pula, selamba je sembang-sembang dengan dia sambil menghala ke bilik pejabatnya. Sampai dia tak perasan akan kehadiran aku yang menunggu untuk menjemputnya di depan pintu biliknya. Usaha aku untuk mengampu Boss mahukan promotion tak menjadi. Kopi O yang aku bancuh untuk Boss, penat lelah aku menjadi orang yang paling awal datang ke pejabat, lenguh pipi aku kerana sengih senyum aku kepadanya tiap-tiap kali bertembung, semuanya tak terbalas dan tak berhasil. Daripada usaha yang tak menjadi ni, aku belajar sesuatu yang baru. 'Kerja kena ikhlas!'.

Kawan aku yang tadi pula, jadi orang kanan Boss.Tapi, aku tak hairan sangat sebab dia merupakan anak kepada Boss aku ni. Tapi, yang aku kata pelik tu sebab dia sendiri pun tak respect dengan ayahnya sendiri.

Ada satu kisah :

Satu hari, Boss berkata,

" You all kena ikut rule yang I dah tetapkan ni. Walaupun sebelum-sebelum ni lain, tapi sekarang you all tau yang I ni Boss korang kan....~"

" Tau, Boss ". Sambil semua muka annoying.

" Korang faham tak ni? Penting ni! Kalau you all tak ikut rule ni one by one, syarikat kita akan muflis! Business kita boleh bankrupt, you all! "

Semuanya menjadi serius setelah mendengar ayat terakhir Boss sebentar tadi. Namun, semua tak bertahan lama. Sudah nampak segelintir daripada kami yang mula tidak patuh peraturan Boss kami. Semakin lama semakin ramai yang tak ikut peraturan Boss. Boss yang bersikap Laissez Faire itu tahu akan keadaan ini, namun, dia hanya mahu melihat dahulu.

Akhirnya, syarikat kami jatuh. Muflis! Ternyata pesan Boss kami satu hari dulu itu amat lah penting. Kesemuanya tunduk menyesal atas kesilapan yang dulunya kami ambil enteng sahaja. Barulah kami sedar, Boss sangatlah sayang akan kami dengan pesannya itu.



" You all! Tengok apa dah jadi. I dah pesan awal-awal lagi kan? Kenapa korang degil sangat ni. Tengok lah sekarang ni. Disebabkan korang, Syarikat Jahiliyyah menjadi pujaan ramai. Disebabkan korang lah, Syarikat Jahiliyyah mampu mengalahkan kita, dan menjadi MNC ( Multi National Company), menjadi franchisor dan sudah memegang ekonomi dunia dengan sekelip mata. "

Kami semua menunduk malu dan rasa sangat bersalah kerana Syarikat Jahiliyyah itu merupakan saingan syarikat kami dari dahulu lagi. Dari dahulu lagi mereka menunggu peluang akan kelalaian kami semua. Kami juga tahu Boss sangat memusuhi mereka sehingga tidak pernah mengadakan sebarang rangkaian walaupun yang kelihatan menguntungkan seperti e-commerce dengan syarikat tersebut.

" You all! Kalau you all really rasa menyesal dan mahu bangkit  kembali, mari jumpa saya. Saya terima anda kembali. I forgive you. Saya pun ada banyak lagi business sebenarnya. Jadi, saya tak ada lah rugi sangat sebenarnya compared dengan you all. So, lepas ni, stick with the rule okay? This is not the end of the world. Let us take back what we had achieved before!"

Semua orang berwajah semangat.

" So, now who's with me?! "

" Saya ! " Semua orang dengan lafaz yang sama.

Boss tersenyum lebar sambil menghampiri aku.

" Are YOU part of the team? "



" Wahai orang-orang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? "

" Beriman kepada Allah dan RasulNya, serta berjihad (berjuang) membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ( hakikat yang sebenarnya.) 

(As-Saff : 10-11)



-heromahulebah-

Thursday, June 6, 2013

Marilah Bangkit !


"Bangkit? Bangkit daripada apa sih?"

"Negara sudah maju. Keselesaan sudah dirasai. Lagi, dunia di hujung jari saja. Jadi, apa pula yang nak dibangkitkan?"

Satu daripada sebab saya sokong dan minat pasukan Arsenal adalah kerana pemain-pemainnya yang tidak mudah mengalah dan mengenal erti ingin bangkit. Boleh kata banyak match dorang yang menampakkan kebangkitan dorang. Dari 0-2, Arsenal bangkit menang dengan final score 3-2 melawan Bolton Wanderers beberapa musim sebelum ini, walaupun bermain dengan 10 pemain sahaja. Dan musim 2012/2013 yang baru sahaja tamat ini, menampakkan kebangkitan Arsenal menentang Reading dengan mata 7-4 walaupun sudah ketinggalan 3-0 pada 1st half. Dan banyak lagi sebenarnya..hehehe.

Oops. Sorry seronok sangat tulis pasal Arsenal ni dan mungkin bagi korang takde kaitan. Hoho.


Sebenarnya, apa yang saya nak sampaikan ialah tentang keadaan kita sekarang ni. Ya, kita ummat Islam. -jeng jeng jeng-. Kita tahu bahawa kita pernah memiliki kekuasaan 2/3 dunia, dan menjadi Ustaziatul Alam. Seluruh dunia diperintah dengan adil oleh khalifah Islam, dan dunia menjadi aman damai.  Oh, bahagianya! Ingin sekali aku merasai nikmat itu! Sungguh.

Negara Islam menjadi pusat rujukan ilmu, tempat untuk berlindung atas keadilan pemerintahan, kepesatan ekonomi dan ketenteraan yang sangat unggul dan tidak akan mengecewakan. Islam tika kerajaan Abbasiyyah ini sangat dihormati dan digeruni dan tiada tandingannya. Oh, hebat rupanya kita dahulu ya!

Tapi hari ini,

"Islam? Hahaha!"
"Islam, agama yang paling busuk tu?"
"Oh, penganut agamanya yang dipijak-pijak macam binatang dekat Asia barat tu, erk?"

Eh, saya sedang bermimpikah? Macam mana boleh 180°? Mana khilafah Islamiah dulu? Mana kehebatan Islam dulu, saya nak tengok! Mana keadilan dunia, apa yang saya lihat sekarang hanyalah kezaliman dunia!

Saya suka mengaitkan Arsenal FC dengan keadaan kita sekarang ni. Bagi peminat English Premier League (sekarang Barclays Premier League) yang sudah follow dari kecik, 'dorang' mesti tahu bahawa Arsenal adalah merupakan team yang paling kuat di samping Manchester United. Senang cerita, dua team ni je yang boleh kata conquer liga tu. Dan kita boleh relate zaman Abbasiyyah Arsenal ialah pada musim 2003/2004, musim Arsenal jadi the Invincible, zero kekalahan. Huih, hebat tu!

Tapi, sekarang, segalanya berubah. Arsenal bukanlah lagi the invincible, malah vulnerable. Dan bukanlah team terbaik dalam EPL...  KENAPA?!!!!! Eh.

Serius, kenapa? Kenapa Arsenal tidak sehebat dulu, sedangkan mereka masih mempunyai manager yang sama, Arsene Wenger. Pengurus yang telah membawa Arsenal menjadi hebat di samping memperkenalkan permainan cantik lagi bergaya (kerana dulu pernah dipanggil Boring Boring Arsenal). Saya masih percaya dengan kecekapan Arsene dalam mengurus team ini, tapi kenapa Arsenal tak seperti dulu. Sila jangan muncul Exist dalam kepala.

Ya, Islam masih hebat, sempurna dari awal lagi. Tapi, masalahnya ialah dari dalam. Ya, KITA! Gulp! Kita yang bawa masalah kepada Islam. Dan Islam tidak pernah bawa masalah kepada kita. Kita yang tidak berpegang kepada Islam secara keseluruhan. Dan kita yang menyebabkan orang lain tidak pandang Islam lagi. Kita penyebab mereka-mereka di sana tidak hormat kepada kesucian Islam lagi. Fikir. Mengapa mereka perlu pandang dan hormat Islam jika masih ada antara kita yang tidak pandang dan hormat Islam?

Mengeluh.

Maka, ayuh. Marilah bangkit bersama menuju kejayaan! Mata dan jari menunjuk ke langit. Jadilah seperti atlet negara, Azizulhasni, yang sudah beberapa kali mengejutkan kita dengan kebangkitan dalam memenangi acara keirin, mengalahkan pelumba-pelumba lain dari luar negara.

Caranya?

Keadaan di Turki sekarang telah mengajar kita bahawa cara untuk bangkit secara efficient adalah dengan pembinaan individu-individu yang berkualiti. Sirah telah membenarkannya. Dan inilah kunci yang akan membawa Arsenal kembali berada di puncak carta EPL suatu hari nanti. Woohoo!

Sekarang, kita kena pastikan diri kita sehebat Tony Adams, Thierry Henry, Dennis Bergkamp, Robert Pires, dll. Barulah kita akan jadi, The Invincible, dengan izin Allah.

Cuma ANDA MAHU atau TIDAK.
AzizulHasni Awang - kebanggaan negara



"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah : 30)


-heromahulebah-

p/s: maaf kerana terlalu banyak tadabbur Arsenal. pis!

Hakikat Yang Diremehkan !


Menyedari hakikat ini,
Kita masih mampu leka, lalai,
Masih mampu bersuka ria lagi bersantai,
Walau menyedari diri bagaikan buih di tepi pantai.

Menyedari hakikat ini,
Kita masih mampu bersenang lenang,
Masih mampu 'tidur' dan berasa lapang,
Bersenang-lenang di pagi dan petang,
Sedang saudara seagama tanpa henti berjuang,
Penat disiksa dibunuh dalam kekejaman perang.

Menyedari hakikat ini,
Kita masih mampu jadi 'bodoh',
Tiada mahu kembalikan zaman 'kita' yang utuh,
Tiada mengerti khilafah Islam sudah lama roboh,
Tiada mengerti ummah sedang teriak mengeluh,
Dan kita hanya mampu berkata 'oh'?!

Menyedari hakikat ini,
Kita masih mampu bermaksiat sini dan sana,
Masih mampu bergelak dan berketawa,
Yang tidak pernah dibuat al-Ayyubi sementara Al-Quds dijajah,
Yang tahu sedar langit tinggi rendah,
Jika itu sifat pejuang yang hebat, maka apakah kita sang bedebah?!

Menyedari hakikat ini,
Solat lima waktu tiada dipelihara,
Ceramah-ceramah tiada didengarinya,
Usrah-daurah tiada dihadirinya,
Lidah dan mata tiada dijaga,
Tapi mahu Islam berada di puncak dunia!

Oh teman,

" Dan apa saja (kekayaan, jabatan, keturunan) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kesenangan duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti?" (Al-Qasas : 60)

Maka,

" Dan barang siapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan" (Luqman : 22)



Jom kejar cintaNya yok! Ohoii!


-heromahulebah-

Tuesday, June 4, 2013

Suatu Perjalanan - Mat & Ayah

Saya pasti anda sudah banyak mendengar, membaca atau membuat sendiri analogi atau ungkapan-ungkapan yang dapat dikaitkan dengan kehidupan kita. Ok, kali ini saya ingin berkongsi bersama anda mengenai suatu perjalanan seorang yang bernama Mat, sewaktu suatu percutian. Sila tadabbur sendiri ya..

Kisah ini benar. Kecuali nama. Bukan nama sebenar.

"Ayah, kenapa kita lalu ikut jalan ni? Bukan ke jalan ni tak diiktiraf untuk 'boleh-lalu' lagi ke?", tanya Mat ingin tahu benar.

"Oh, yang tu maksudnya dorang belum 'officially gazette' lagi jalan ni kat 'public' sebab jalan ni tak siap lagi", jawab si ayah.

"Tapi, lalu ikut ni bahaya kan?", tanya Mat lagi.

"Em, sikit la. Jalan lubang-lubang, kadang-kadang ada tanah runtuh depan tu, so, tak boleh bawak laju sangat la.", ayahnya menjawab sambil memandu dengan tenang.

"Oh, tapi kenapa dorang bagi jugak orang lalu jalan ni. Kan bahaya ada sume tu. Silap-silap boleh mati jawabnya.", ujar Mat, risau.


"Memang la. Sebab tu la kalau Mat perasan tadi, dia ada tulis 'drive at your own risk'. Hanya orang yang tertentu macam ayah je yang boleh lalu ikut jalan ni.", kata ayahnya yang diikuti dengan ketawa besar.

"Esh ayah ni, boleh lak bangga-bangga kat jalan-jalan macam ni.", bisik hati Mat.

Suasana dalam kereta menjadi krik-krik selepas itu. Tidak lama kemudian, ayahnya berkata,

"Mat, meh ayah nak beritahu kamu sikit pasal 'driving' ni."

"Hm?"

"Masa bawak kereta kat jalan macam ni, or highways, sebenarnya lain caranya dengan bawak kereta di jalan-jalan biasa."

Mat mendengar dengan teliti.
Mat & Ayah?


"Orang yang 'drive' dekat bandar-bandar, tak semestinya dapat 'drive' di highway dengan baik", kata ayahnya sambil memberi isyarat belok ke kanan.

"Kat highway, mesti orang bawak laju-laju kan. Dah nama pun highway. Tapi, masa tengah drive tu, kita tak boleh syok sendiri je!", sambungnya lagi.

"Err..", Mat kurang jelas.

"Kita kena bersedia dengan apa jua possibilities, macam, jalan rosak ke, binatang tiba-tiba lalu ke, hujan lebat tak nampak jalan, angin lintang ke...so, Mat kena selalu dalam keadaan ready, kalau tak, bahaya lah.", si ayah menjelaskan.

"Betul gak", Mat baru mengerti lalu setuju.

"Lagi, kadang-kadang, bahaya ni bukannya datang dari salah kita je, atau jalan yang gitu-gitu tu, tapi, ye lah, orang lain pun boleh jadi bahaya jugak. Orang yang mengantuk ke, orang yang baru dapat lesen terus 'drive' ikut highway ke, so kene prepare diri kita dan aware dengan orang lain sekali.", si ayah benar-benar mahu anaknya faham.

"Susahnya! Malas la bawak kereta bila besar nanti. Bila besar nanti, Mat nak jadi bos la, pastu boleh duk belakang. Ada driver!", rintih Mat.

Ayahnya ketawa riang mendengar gelagat Mat, anak ketiganya itu.

"Ha! Bagus la Mat ada cita-cita tinggi macam ni. Sebenarnya, tu la sebab ayah citer sume ni.", ayahnya bergurau.

"Tak de la. Ayah gurau je. Tapi ingat lah bahawa sume tu akan menjadikan Mat seorang driver yang sangat hebat macam ayah ni. WAHAHAHA!", si ayah ketawa terbahak-bahak berhenti 5 minit kemudian.

Perghh. Kerek siot si ayah! Ehem.

Orait, saya mahu menyoal anda, "Adakah sama orang yang memandu kereta di jalanan yang penuh kebahayaan dan halangan sebelum jalan itu di'gazette' kan, dengan orang yang memandu selepas jalan itu diperbaiki dan boleh kata sempurna?"

Memang tak sama lah kan. Begitu juga dengan orang-orang yang membawa panji Islam, orang-orang yang menyeru kepada kehidupan Islam yang sebenar tika Islam tidak lagi menjadi cara hidup atau ad-deen masyarakat ramai walaupun kad pengenalannya membenarkannya. Maka tidaklah sama dengan orang-orang yang mengajak kepada Islam setelah Islam berada di puncak!

" ...Tidak sama orang yang menginfakkan(hartanya di jalan Allah) di antara kamu dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menginfakkan(hartanya) dan berperang setelah itu. Dan Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka(balasan) yang lebi baik. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan." Surah al-Hadid. (57:10)

Kita lihat sekeliling kita. Apakah Islam apa yang kita lihat itu? Anda nampakkah nilai-nilai Islam? Tahniah saya ucapkan kalau anda nampak semuanya baik-baik saja. Sejuk hati.

Saya mahu menyoal lagi, jika anda menjadi pegawai JPJ yang menilai teknik pemanduan calon yang ingin mendapatkan lesen memandu, yang mana satukah anda mahu bagi markah yang tinggi? Orang yang mampu memandu di jalan yang bagaikan ular dipalu serta dilubang-lubangkan atau orang yang mampu memandu di jalan yang tiada kereta kiri dan kanan, di jalan yang baru di'tar'kan, dan mempunyai kereta-kereta yang mengiringinya untuk menjaga keselamatannya? Huish!

em?

Sememangnya jalan penyeruan ini tidak pernah mudah. Even Naruto dan para sahabatnya juga perlu melukakan diri sendiri untuk menyeru katak dan lain-lain. err.

"Syurga itu dipenuhi dengan sesuatu yang dibenci, sedangkan neraka itu diliputi dengan sesuatu yang menyenangkan" (h.r Muslim dan Tirmidzi)

Hey, hidup kat dunia ni penjara lah bro!

-heromahulebah-

Saturday, June 1, 2013

Mata saya!


Sudah ku lihat segalanya,
Sosial dunia yang semakin teruk,
Sayunya sahabat ku juga turut serta,
Katanya "alah, ini biasa",
Tiadalah dirasainya ditenggelami lubuk periuk!

Tika ku berada di jalanan,
Ku lihat kiri dan kanan,
Harapanku muslim itu bukan,
Namun, mata ku lihat segalanya!
Hai 'indahnya' budaya juga bahasa orang-orang muda!

Ku intai pungguk di luar sana,
Ternyata dia tiadalah kesorangan,
Malah ditemani mereka yang berpasang-pasangan,
Selesa pula di celah-celah lorong mereka berjumpa,
Selesa pula bersama-sama yang ketiga!

Mahu kata mereka bodoh,
Mereka bukanlah tidak berakal atau gila,
Mahu kata mereka belum dewasa,
Mereka sudah mencecah umur Al-Fateh mewarisi takhta,
Mahu 'husnuz zoan' pada mereka,
Mereka sendiri seolah-olah mahu di'soo uzzoan'kan!

Benarlah kata Rabb alam semesta,
Bahawa hati mereka tidak digunakan untuk mengerti, memahami,
Maka apakah bisa dipanggilnya manusia?
Tatkala naluri mereka dengan haiwan tampak sama?
Eh bila disoal jawabnya mahu syurga!

Wahai Pelindung ku, jauhilah hamba-Mu ini,
Daripada arus yang tidak pada tempatnya kini,
Daripada jahiliyyah dan al-hawa yang dihiasi,
Daripada tawaran neraka yang dimanipulasi.

-heromahulebah-




Ratings and Recommendations by outbrain