Monday, June 11, 2012

Selepas bahuku dilanggar

Aku jalan-jalan makan angin di bandar Kuala Terengganu yang indah ini. Seronok melihat gelagat orang ramai yang tak dikenali sibuk dengan hal dunia masing-masing. Akhirnya, aku bersiar-siar sambil gelak.

Puk!
Aku perasan bahuku terlanggar dengan bahu orang di yang berjalan yang rapat di sebelahku.

" Kau percaya Allah ? "

" Hah? "




" Kau percaya Allah ? "

Sangkaanku yang dia akan menengking aku " Woi, jalan tu tengok la betul-betul ! " memang meleset sekali. Dia menegur ku dengan soalan sebegini rupa. Aku tersentak sebentar.

" Mestilah ! Kenapa? "

" Kalau kau percaya Allah, kenapa kau masih bermaksiat kepadaNya? "

" Takkan la terlanggar pun berdosa. TER bukannya saja-saja "

" Bukan ini. Kenapa kau masih bermaksiat kepadaNya sedangkan kau percaya Allah melihat setiap gerak geri mu ! "

Pada awalnya aku teringin juga naik angin dan sepak-sepak muka dia - sebab tanya dan cakap 'indirectly' seperti ini. Tapi, aku cuba tenangkan diri ku dan fikir positif.

" Kau percaya Rasulullah? Nabi kita Muhammad ? "

" Lagi ? ", aku bermonolog.

" Mestilah ! "

" Kau bohong lagi kan. Kenapa kau tak ikut sunnahnya ? "

" Eleh, kau pun bukannya berjubah ngan berserban pun ! "

Dia tidak mengendahkan aku lalu mengajukan aku soalan lagi.

" Kau mesti tak percaya Al Quran kan ? "

" Asal lak ? Pandai-pandai je cakap aku macam tu. Kau ni, memang. . . "

Aku tidak sempat lagi menghabiskan ayat aku, dia sudah berkata-kata.


" وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا . Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.”  "


" Ya. Aku tahu itu. Surah Al Israa', ayat 32. Kan? So ? "

" Jadi, kenapa kau ber'couple' sebelum berkahwin? "

" Aii...Apa lak ni! Main tuduh-tuduh pulak ! Aku tak main la kapel-kapel ni ~ ! "

" Tunjuk aku nama orang yang kau last 'call' dan 'message' tadi "

Aku terkejut. Aku hairan bagaimana dia dapat tahu banyak tentang diriku. Lagi-lagi, tentang siapa yang aku 'call' dan 'message', yang aku tidak pernah ceritakan kepada orang lain, termasuklah kawan baik ku, apatah lagi keluarga ku. Aku hanya mampu diam - tahu yang aku bersalah.

" Kau percaya takdir? Qada' dan Qadr ? "

Aku hanya diam.

" Aku tahu kau tak. Sebab, kau selalu sebut " kalaulah sebelum ni aku . . . ", " kalaulah tadi aku . . " kan? Kau percaya kau boleh ubah takdir. Lagi, bila kau dapat rendah dalam 'exam', kau selalu salahkan takdir, salahkan Allah ! "

Aku tersentak. Segalanya bagaikan berhenti sebentar. Ternyata sekali kata-katanya benar. Aku mula berfikir. Otak ku membuat kesimpulan tentang segala ucapan orang yang telah terlanggar bahuku itu. Ternyata, segala kata-katanya itu benar dan membuatkan aku hanya mampu terdiam.

Tertunduk, menyesal. Aku sangat tahu yang aku telah banyak melakukan dosa kerana aku adalah tuan diriku yang mampu membuat keputusan untuk melakukan kebaikan atau sebaliknya.



" Dan kami telah menunjukkannya kepadanya dua jalan " ( 90 : 10 )




Dan aku telah memilih jalan yang. . . . . . Oh! Kenapa ~ Aku lah yang zalim. Aku membayangi situasi di mana seluruh orang yang ku kenal - kawan-kawan, keluarga, dan lain-lain sedang mengelilingi ku sambil menuding juri kepada ku dan menjerit " Zalim! Zalim ! Zalim ! "


" Arggghh ~ ! ", aku menjerit, tiba-tiba.


Sejurus selepas itu, aku terasaku bahu ku dilanggar, lagi. Aku berpaling belakang. Tiada. Aku hairan.

" Eh ? "

Dan aku mula perasan orang yang terlanggar bahu ku di awal tadi tiada lagi di samping ku. Lagi lah aku membuatkan aku hairan.

" Eh ?!!!!! "



















No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain