Aku melangkah masuk ke dalam KTM sambil mencari-cari tempat duduk yang kosong.
"Hah, sana ada satu kosong " aku bermonolog dalam hati.
Aku terus menuju ke kerusi itu dengan segera supaya tidak dirampas oleh orang lain. Puas rasanya boleh duduk setelah lama berdiri di stesen menunggu KTM yang bangkunya sudah dipenuhi orang. Aku menoleh ke belakang, masih ramai yang berdiri dan ia membuatkan aku terasa ingin gelak dan tidak tahu kenapa.
Aku melihat jam. 9.30 pm. Lapar. Aku melihat orang di sebelah kiri aku sedang seronok makan ayam KFC dengan 'couple' nya. Mahu sahaja aku menegurnya " Daripada kau bagi couple kau makan, baik kau bagi aku ! " Kemudian, aku berpaling ke orang yang betul-betul sebelah aku, orang sebelah kanan aku - yang duduk di tepi tingkap.
-Bunyi tangisan-
Hairan. Aku hanya mendengar tangisannya apabila aku berpaling ke arahnya. " Aik, orang ni nak gurau-gurau dengan aku ke ? " Dia hanya menangis sambil menjenguk ke pemandangan di luar melalui cermin tingkap. Aku melihat dia lama-lama dan dia tidak perasan atau tidak hiraukan aku sama sekali. Ku lihat dia benar-benar menangis dan bukanlah untuk mendapat perhatian aku. Perasaan belas kasihan aku menyebabkan aku memberanikan diri aku untuk bertanya.
" Sedara, sedara ok tak ? "
Walaupun soalan itu ku tahu agak bodoh dari segi maknanya, kerana sedangkan aku tahu dia tidak 'okay'. Tapi, soalan ini lah yang tetap keluar dari mulut aku.
" Eh? Okay je "
Dia mengelap air matanya yang tadinya membasahi dua2 belah pipinya. Dia kelihatan terkejut apabila aku menegurnya.
" Serius ? Tadi kenapa menangis ? "
Walaupun aku fikir aku tak patut bertanyakan soalan itu kepada dia, entah macam mana soalan itu boleh keluar dari mulut aku.
" Oh, tak de apa2 pun. Terfikir je kejap tadi. Tak perasan pulak menangis. "
" Apa yang sedara fikir sampai menangis ? Err, sorry banyak tanya ", aku baru perasan aku ni banyak soal pula.
" Tak apa, sebenarnya perasaan aku becampur baur. Aku rasa bersyukur dan menyesal ". " Macam ni ceritanya, pagi tadi aku dah buat satu dosa besar yang aku tak nak la bagitau kau...tapi, tadi, aku mendapat pertolongan Allah."
Aku hanya membisu dan bersedia mendengar.
" You may think that it as a very simple thing but it really meant to me "
"Eh cakap omputeh lak dia ni", ujar hatiku.
" Walaupun pagi tadi aku dah membuat maksiat kepada Allah, tapi petang tadi, Allah tetap mengurniakan kejayaan kepada pasukan futsal aku. Lagi-lagi, aku dapat hatrick hero tadi. Lepas tu, Allah telah permudahkan perjalanan pulang aku. Lepas je aku beli tiket, KTM terus sampai, dan aku terus masuk dalam ni, lepas tu ada banyak kerusi kosong. Sebelum ni pun, banyak kesenangan yang aku dapat walaupun aku telah banyak buat maksiat. Nampak tak ? Semua ni kerja Allah, kan?. Semua ni bantuan Allah. Kenapa Allah nak tolong aku? Kenapa aku? Aku punya lah dah banyak buat dosa tak henti-henti. Tapi kenapa Allah still nak tolong aku ? Aku ini ZALIM ! Allah memberi, aku mengKHIANATI ! Allah perkenankan doaku, aku TIDAK BERSYUKUR ! Lepas aku mati nanti, mana satu destinasi aku, kau rasa? "
Aku hanya membisu kerana terasa pedasnya cili. Fikiranku melayang sebentar, memikirkan dan mengenangkan dosa-dosa lampau aku , juga dosa yang baru aku lakukan, - gelak pada orang yang tak dapat duduk dalam KTM. Aku juga perasan bahawa aku juga mengalami perkara yang lebih kurang sama dengan orang sebelah aku ini. Aku juga yakin orang lain juga pasti pernah mengalami perkara yang sama.
Keadaan menjadi tenang semula.
" Sememangnya Allah itu Maha Penyayang kan? "
" Em. (Angguk). Allah pun Maha Penerima Taubat dan sukakan orang yang bertaubat... " aku mula bersuara setelah sekian lama membisu.
Hentian seterusnya, Bandar Tasik Selatan. Bandar Tasik Selatan.
KTM mula perlahan.
" Em, dah sampai ni. Aku turun dulu ya. Best cerita sedara tadi. Hehe ", aku ketawa kecil.
" Haha. Baiklah. Assalammualaikum. "
" Waalaikumussalam "
" Ceh, aku baru nak bagi salam, tapi dia lagi cepat. ", aku bermonolog dalam hati.
Sebaik sahaja aku keluar dari KTM, aku mahu melambaikan tanganku ke arah orang tadi, namun kelibatnya tidak kelihatan lagi.
[Jeng3] !!!
" Dan bersegeralah kamu kepada mendapat keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bui yang disediakan untuk orang yang bertaqwa " ( 2 : 133 )
No comments:
Post a Comment