Monday, March 30, 2015

Aku tak percayakan 4 burung.


Walaupun ramai orang percaya tentang ujian personaliti seperti ujian D.O.P.E (Dove, Owl, Peacock, Eagle) dan serupa dengannya, namun saya tak.

Bukannya saya tak setuju langsung, tapi saya mendapati ada kecacatan dalam ujian tu yang menyebabkan saya tak bersetuju apabila ada yang mempercayai ujian itu dan hidup dengan tips-tips yang dicanangkan oleh penulis itu.

Saya tahu yang memang kajian demi kajian telah dilakukan tapi yalah, teori manusia, tak selalunya betul. Tengoklah, teori motivasi pon dah ada banyak, menunjukkan ada banyak perbezaan pendapat tentang topik tu sebab manusia memang semuanya berbeza. Sebab itulah bidang sains manusia sangatlah luas, jauh berbeza dengan sains tulen.


Apa yang saya perasan ialah walaupun ada 4 perbezaan personaliti yang digariskan, namun saya  lihat ada yang mempunyai kecampuran personaliti. Bagaimana pula begitu? Tak semua orang yang 'lively' tak mudah tersinggung dan tak semua yang pendiam adalah orang yang suka pendam perasaan. Tak semua yang dikatakan 'born a leader' pandai dalam memimpin, tak semua orang yang 'born a follower(?)' tak pandai memimpin.

Ya, dalam ujian itu juga dinyatakan personaliti boleh berubah mengikut situasi dan orang disekelilingnya. Yang ini saya setuju. Yang saya benci ialah apabila orang yang terlalu mempercayai, atau mungkin boleh saya katakan taksub dengan ujian personaliti sehinggakan mereka berkata ,


''Oh, aku ini seorang pemimpin, orang lain mesti dengar cakap aku!''

''Hey kau, aku ini seorang yang melankolik, aku seorang yang mudah tersinggung, so jangan kutuk-kutuk aku!''



Inilah contoh orang yang taksub. Orang yang tak 'move on'.

Bagi saya, ujian personaliti ini hanyalah untuk mengenali diri dan orang lain secara umum. Dan letakkan dalam minda, bahawa tak semua yang ditulis itu betul. Kita sepatutnya menjadikannya sumber kekuatan bukan sumber untuk menonjolkan kelemahan.

Akhir kata, bina diri sendiri dalam bentuk yang anda sendiri suka, dan layan orang lain mengikut sikap orang itu 'specifically'.


p/s: dan jangan assume & judge.



-budak hiro-

Friday, March 27, 2015

Ceritakan Bagaimana Amazing nya Ini.


Saya pernah tertarik dengan warna-warna dalam buih yang ditiup selepas dicelup dalam bekas sabun.

Warna-warni.

Dalam kepala saya, ''Wow!''

Dan saya terus mengajak adik-adik saya melihat sama warna-warna dalam buih yang asyik berpusing sana sini.

Hanya kerana benda itu baru bagi saya dan benda itu 'just amazing' bagi saya waktu tu.

...

Semuanya sekarang boring. Mujur baru-baru ini sahaja keluar sosok-sosok yang memeriahkan imej 'ini'. Mempamerkan kreativiti dan gaya. Meluaskan kepelbagaian pelanggan. Saya tak nak senaraikan nama. Kamu sudah tahu.

Cumanya, tak semua kenal mereka. Tak semua ada internet. Tak semua suka membaca. Tak semua suka tonton video. Tak semua tahu.

Apa yang kita boleh buat ialah perkenalkan benda ini kepada mereka yang tak tahu. Kerana mungkin juga mereka ini suka kan benda baru dan 'amazed' dengannya. Kita tak tahu.

Kisahkan kepada mereka cerita-cerita kejayaan yang rapat dengan mereka. Yang berkait rapat dengan hidup mereka. Kisah yang membuat mereka tersenyum dan tertarik untuk mengikut tapak kaki lagenda superhero yang asli. Perwira-perwira yang tak pernah ditelan zaman cumanya terlindung daripada awan gelap. Oleh itu, biarlah kita menjadi rintik hujan yang mengukir senyuman penduduk bumi.

Ada yang kata, ''Bapak ahh, awkward gila nak cerita pasal cerita lama gitu!''

Kau sudah cuba belum?

Ada yang kata, ''Aku dah cuba, semua reject aku!''

Allah menilai usaha kamu. Kamu perlu juga muhasabah, kenapa kena reject! lol.

Now, keluarlah dan ceritakanlah cerita yang amazing.

Biar mata mereka berkaca hati mereka jatuh cinta kepada 'ini'.





-budak hiro-

Gilaaa


Gila.

Semua sudah menjadi gila.

Dunia hanya memakai topeng. Melakonkan watak yang diberikan masing-masing.

Kebencian diterjemahkan kepada tuduhan fitnah dalam media. Memaksa dunia mempercayai tipu daya , menepikan kebenaran yang nampak bosan.

Dan dunia membisu.

Terus membisu.

Di Xinjiang, kerajaan persoalkan wanita bekerja yang bertudung.

Di Malaysia pula, kedai-kedai hanya menghalau sahaja perempuan bertudung yang meminta kerja.

Apakah?!

Di Perancis, tragedi Charlie Hebdo bukan main lagi rancak diperdebat. Salahkan sebelah pihak.

Di Amerika, tragedi di parkir kereta akhirnya membawa konklusi kepada 'bagaimana mahu parkir kereta dengan cara yang betul'.

Apakah?

Keganasan di Afghanistan, Palestin, Syria hanya dipandang enteng sahaja kerana keganasannya yang berlaku tiap-tiap hari.

Media juga jarang menyiarkan benda macam ini. Kalau siarkan juga, orang-orang hanya akan memandangnya sebelah mata sahaja. ''Alahai, dorang ni asyik gaduh je memanjang.''

Bila ada hobi yang sama, jadi kawan baik.
Bila ada minat yang sama, jadi kawan baik.
Bila ada agama yang sama, tiba-tiba jadi musuh yang tak pernah berbaik-baik.
Di mana ''...mukminuuna ikhwah..'' ??

Dunia akan terus menggila kerana kita yang asyik bergaduh kerana benda yang remeh-temeh.
Nanti kat sana, apa nak jawab?
Dunia pernah dahulu aman tenteram atas perjuangan yang dimulakan oleh seorang.
 Dengan izin Tuhan, kita juga mampu.






Friday, January 30, 2015

"Hari Ini Berangan, Esok Kesenangan!"

"Kalaulah aku jadi polis, mesti aku akan tangkap semua orang jahat dalam dunia ni! Tapi kau tengoklah sekarang, jenayah sana sini! Curi, rompak, tembak-tembak semua tempat. Apakah kan?!"

"Itulah, aku pulak, kalau jadi menteri, mesti aku akan buat semua benda jadi senang. Semua barang murah, sekolah tak payah belajar kat rumah je. Lepas tu, paksa orang cipta kereta terbang, barulah jalan tak jam."

"Ha baguslah tu. Aku pulak nak jadi bisnesman. Buat bisnes baik punya, pastu jadi kaya! Lepas kaya nanti, aku nak buat rumah besar ada swimming pool gitu, beli kereta besar dan mahal saja-saja nak tunjuk. Lepas tu, ada lebih duit, bagi orang-orang miskin, orang yang mintak duit tepi jalan dan semua orang susah lah!"

Begitulah cerita tiga pemuda yang sedang menghabiskan masa di kedai kopi sambil merokok. Sudah berjam-jam mereka di situ. Semua orang tahu tentang tiga pemuda yang memang suka merayau-rayau dan membuat masalah di kampung.

Mendengarkan angan-angan tiga orang itu, Tuan Kedai datang menghampiri mereka.

"Ha elok lah tu. Tapi kalau duk berangan macam ni, bila nak jadinya?!"

"Ala, rilek la Tuan Kedai. Hari ini kitorang berangan, esok kitorang kesenangan!"

"Betul tu Tuan Kedai! Omputeh cakap Today a reader, Tomorrow a leader"

"Amboi kau! Pandai pulak kome ni! Setahu aku, korang bertiga ni sekolah pon ponteng! Apa yang korang cakap tu memang la betoi, tapi kalau buatnya tidak, tak guna juga. Kome dengorlah kata pak cik ni, mulut pak cik ni pon tengah kunyah garam!"

"Lawak jugak Tuan Kedai ni ya!"

"Pak cik nak cerita kat kome cerita pak cik, nak dengar tak?"

"Cerita pasal Tuan Kedai? Tak nak lah!"

"Tak apa, pak cik nak cerita jugak. Kome kena dengar jugak!"

Peluh.

"Sebenarnya, pak cik dulu sebelum bukak kedai kopi ni, pak cik pernah jadi polis. Macam kamu ni cakap tadi, nak jadi polis kan. Pak cik nak dunia jadi aman damai. Pak cik pon pernah berangan nak jadi polis terhandal dalam dunia. Kononnya nak tangkap orang jahat pastu sumbat dalam penjara sampai tak muat, sampai dapat gelaran Kapten Malaya. Pak cik rasa Kapten Amerika tu tiru idea pak cik la!"

"Hek eleh Tuan Kedai ni, lagi kuat berangan daripada kitorang ni!"

"Lepas tu, pak cik somehow berminat nak jadi menteri. Dan, satu hari pak cik dapat jadi menteri! Hebat tak pak cik? Pak cik pon tak jadi polis dah. Sebab kerja polis bukan senang tahu?! Nak lawan orang jahat tu risikonya tinggi. Antara hidup dengan mati tau! So, pak cik decide jadi menteri. Senang sikit lah kan?"

 *pak cik ketawa*

"Tapi itu lah yang pak cik fikir mula-mula. Lepas dah jadi menteri, merana dik oiii! Korang ingat senang ke jadi menteri....Korang kene letak diri korang last. Bila nak buat sesuatu, korang kena pikir pasal rakyat dulu, itu susah tu!"

"Tuan Kedai jadi menteri apa waktu dulu tu? Tak pernah nampak pon dalam TV"

"Ish, semua nak tau! Korang apa tau! Lepas tu, pak cik letak jawatan menteri dengan macam-macam sebab. Lepas tu, pak cik pon bukak kedai kopi ni sebagai bisnesman. Pak cik pon pernah mimpi duk dalam istana bila bukak kedai kopi ni, tapi ya lah kan."

"Uih, hebat lah Tuan Kedai ni. Semua cita-cita kitorang semua pak cik dah jadi."

"Itu le pak cik suh kome dengor cakap pak cik ni. Berangan tu tak salah. Tomorrow a Leader itu memang le betoi. Tapi korang kena lah BUAT! Kalau cakap tapi tak buat, sama lah macam katak mintak hujan!!"

"Katak mintak hujan?!"

"Yalah, katak duk bising-bising je kat bawah tapi tak ada usaha untuk buat hujan!"

...

"Eh, macam mana katak nak buat hujan?"

"Ish, semua nak tau! Dah, kamu pergi jadi polis. Kamu pulak pergi jadi menteri. Ha, kau jadi bisnesman!"




"Fuh, kan senang kalau hidup ini senang macam bercakap."





-budak hiro-





Thursday, January 29, 2015

Jadikannya Gemilang dan Terbilang!

Kamu hidup tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu kecil tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu bermain tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu bersekolah tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu di universiti tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu bekerja tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu berkawan dengan seseorang tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu bercinta tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu menjadi anak tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu menjadi bapa tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu menjadi ibu tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu tinggal di rumah tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu bersama keluarga tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu melihat tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu mendengar tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu bercakap tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu merasa tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu kuat tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu sihat tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu muda tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu kaya tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu lapang tak lama,
Jadikannya terbilang!

Kamu hidup tak lama,
Jadikannya terbilang!



Jadikannya terbilang! Make it count!


-budak hiro-

Ratings and Recommendations by outbrain