Tuesday, December 1, 2015

Langkah Mizi : Langkah Pertama




Pon! Pon! Pon!

''Aduhai, sorry lah mamee. Jam pulak jalan ni''

''Takpe, Mizi. Spa tu macam mamee punya dah. Sampai-sampai kat sana nanti mamee petik jari je, ramai lah yang datang sambut'', tenang sahaja si Datin berkata-kata sambil memicit-micit iPhone 7 miliknya.

''Pelik pulak jam waktu ni. Biasanya OK je'', Mizi mula stress.

''Mamee tak pelik pon dengan jam ni. Mamee pelik dengan kamu ni. Sejak kebelakangan ini, rajin pulak kamu teman mamee sini sana ya. Selalunya tak boleh diharap langsung. Mereput depan laptop main game bunuh-bunuh tu'', si Datin jujur sahaja.

Mizi, seorang budak yang hanya tinggalkan laptopnya untuk solat dan makan itu sememangnya gamers yang sejati, lebih-lebih lagi game Dota yang dikatakan oleh si Datin. Namun, kata-kata cikgu Iqbal sebelum ini telah membuatkan dia berfikir panjang tentang rutin hariannya sebelum ini.

Sampai sahaja di Spa Na, seperti biasa, Mizi akan pergi ke café di sebelah untuk menghabiskan masanya menunggu ibunya di spa.

''Bapak boring gila kalau tiap-tiap hari macam ni'', kata Mizi seorang diri sambil menyapu skrin laman Facebook apps.
Fikirannya melayang tentang hidup bersusah-susahan ini. Ungkapan '' Betul ke apa yang aku buat ni? " sentiasa berlegar di kepalanya. Terbayang pula keseronokan bermain Dota yang sudah ditinggalkannya dua minggu lepas.

''Ah, aku mahu hidup susah! ", Mizi bersungguh, sambil terbayang wajah cikgu Iqbal.

Bahu Mizi terasa disentuh orang.

''Now, let's go shopping, son! ''

Dahi Mizi berpeluh sedikit mendengar kata-kata itu.

Dua beranak itu pon pergi shopping di Matahari Mall. Yang sebenarnya hanya si Datin yang shopping, Mizi pula hanya menjadi kuli angkat beg shopping, seperti selalu. Si Datin pula tak kisah dan menganggap bahawa itu memang apa yang seorang anak perlu lakukan.

Hendak memilih antara dua beg tangan pon bukan main lama lagi.

'' Mizi, yang mana lagi elok. Yang kiri ke yang kanan ni? ", tanya si Datin tentang pilihan beg tangannya.

''Hmm...yang kanan kot mamee", pilih Mizi.

"Ok, mamee ambik yang kiri''

Tepuk dahi.

''Baik tak payah tanya kalau camtu'', bisik Mizi yang sudah penat mengangkat beg plastik shopping ibunya yang banyak itu.

Tidak seperti datin-datin lain yang hanya menukar beg tangan sebulan sekali, si datin ini menukar beg seminggu sekali. Bila ditanya tentang itu si Datin akan jawab, '' Suami I sayang I. Dia sanggup buat apa saja untuk I, y'alls".

Selepas berjam-jam pusing kompleks membeli-belah itu, barulah si Datin terasa penat dan mengajak Mizi pulang. Jalan pulang pula jam - waktu pulang kerja. Bengang sedikit si Mizi dibuatnya. Rutin baru Mizi tak tertahannya lagi. Sungguh payah rasanya. Difikirnya tak henti-henti.

''Fuh, tak boleh jadi ni'', detik hati Mizi.




-budak hiro-




Friday, November 27, 2015

Langkah Mizi : Aku Mahu Hidup Susah!




Mizi masih memikirkan kata-kata cikgu Iqbal pagi tadi, walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Biasanya, waktu ini, dia masih segar bermain Dota bersama kawan-kawan onlinenya. Tapi, malam ini dia pilih untuk berfikir di luar game.

'' Hidup ini seperti Matematik. Kalau hidup kamu rasa senang, kamu sebenarnya tak hidup pon. Kalau kamu rasa susah, maka itulah kehidupan yang sebenar. ''

Lantas cikgu Iqbal pusing 180 darjah dan beredar meninggalkan Mizi terpinga-pinga. Kelihatan macho sekali gaya cikgu Iqbal setelah melontarkan kata-kata yang hebat dan diikuti pula dengan peredaran yang sempurna.

Walaubagaimanapun, bukan itu yang Mizi fikirkan. Dia sedang muhasabah diri dan memikirkan masa depannya. Dia perlahan-lahan cuba mengaitkan kata-kata cikgunya itu dengan dirinya.

''Aku, selama ni, hidup senang ja. Apa yang aku nak, sume dapat. Petik jari terus dapat. Tak ada benda yang aku takde. Rumah besar, kereta Tesla autonomous, bodyguard dua orang. You name it. Eh, ha'ah tapi takde awek. Tapi takpe, dunio blako''. Panjang pula fikir Mizi.

Sebenarnya, Mizi telah memberanikan dirinya untuk berjumpa dengan cikgu Iqbal di  sekolah pagi tadi setelah terkejut dengan countdown SPM yang hanya tinggal sepuluh hari sahaja lagi. Dia benar-benar menyesal dengan sikapnya selama ini yang ambil mudah dalam semua hal. Tambah lagi dengan ucapan cikgu kaunselor itu.

Awal pagi lagi Mizi sudah tunggu di  parkir kereta cikgu Iqbal. Dia tak dapat tidur dengan lena malam semalam. Hampir setengah jam dia menunggu, barulah kereta Mazda CX-5 merah milik cikgu Iqbal tiba.

''Kamu ni dah kenapa?!'', tanya cikgu Iqbal kehairanan dengan sikap Mizi itu.

''Eh, cikgu, bagilah salam dulu. Terkejut saya'', Mizi memang terkejut betul.

''Kamu jangan nak ajar saya. Saya cikgu, kamu pelajar. Saya yang ajar kamu. Bukan kamu ajar saya!''

Mizi diam sahaja. Dia tak mahu lagi berdebat dengan cikgunya itu, walaupun dia ialah wakil debat sekolah, bakat yang diwarisi daripada bapanya.

''Sebenarnya cikgu, saya terfikir tentang kata-kata cikgu semalam...dan...saya cuma tertanya-tanya...apakah yang patut saya buat sekarang, cikgu?", Mizi serius.

''What doesn't kill you makes you stronger.''

Lantas berpusing dan jalan membelakangi Mizi yang sedang terkejut dan meninggalkannya dalam keadaan terpinga-pinga, lagi.

''Apakaaaaaaaahhhh'', bisik hati Mizi.

Mizi menarik nafas panjang. Hembus.

Walaupun dia tak faham apa yang cikgu Iqbal katakan, namun dia tahu dia perlu ubah kehidupan senang dia selama ini. Dia tahu bahawa dia perlu hidup secara susah. Sekurang-kurangnya bersusahan selama lima hari lagi iaitu untuk menghadapi SPM.

***

Merdeka!

Pelajar-pelajar  SPM sekolah itu semuanya menjerit dan bertempiaran sini sana meraikan kebebasan.

Tiba-tiba muncul cikgu Iqbal.

''Eh, cikgu! Mana cikgu pergi selama ni? Tak datang bagi motivasi kat kitorang pon masa SPM ni!"

"Jangan nak ajar saya. Ha, macam mana? Boleh jawab tak?"

"Susah"

"Ha, first time rasa susah ya? Berakit-rakit ke hulu, berenang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian''

Lalu pusing dan jalan meninggalkan Mizi.

''Cikgu ni banyak sangat tengok movie agaknya'', bisik hati Mizi.

Namun, dia faham. SPM bukanlah segala-galanya. Keputusan SPM pula akan diumumkan tiga bulan lagi. Mizi yakin, nothing is impossible.

Mizi berazam untuk menuruti kata-kata cikgu Iqbal. "Hidup bersusah-susahan". Tapi, dia sudah ada plannya sendiri untuk masa depan. Dia mahu hidup bersusah-susahan tanpa menggadaikan rumah besarnya, kereta Teslanya dan bodyguardnya.

Bagaimanakah begitu?




-budak hiro-

Thursday, September 3, 2015

Bebas!

Aku harap masih belum terlambat untuk aku menulis sedikit sebanyak tentang merdeka.






Kemerdekaan dari segi bahasa Sanskrit membawa maksud kekayaan, keagungan dan kekuasaan.

Sudah 58 tahun kita merdeka daripada penjajahan kuasa asing dalam tanah air kita. Bermaksud, kita sudah mampu membangunkan sebuah negara sendiri tanpa tunduk mengikut telunjuk kuasa besar barat ataupun timur lagi.

Sedikit demi sedikit negara kita menjadi lebih maju. Bangunan tinggi semakin banyak. Seni binaan bangunan pencakar langit bermacam-macam. Ada LRT. Nanti MRT.

Ini sangat mengujakan semua rakyat Malaysia kerana kita tampak maju dan seiring dengan negara-negara maju yang lain. Kalau korang tanya aku pon, aku akan katakan jawapan yang sama. Memang tak dapat dinafikan lagi, Malaysia ini negara yang sangat pesat membangun dan maju!

Tapi sayangnya kemajuannya tak seiring.

Tak seiring bersama-sama dengan rakyat.

Tak seiring bersama-sama dengan ruh Islam. Ruh keamanan.

Kalau sesebuah negara itu maju, macam mana ada orang miskin?

Kalau sesebuah negara itu membangun, macam mana ada orang masih merompak dan membunuh?

Di manakah kekayaan, keagungan dan kekuasaan?

Siapakah yang kaya, agung dan berkuasa sebenarnya?

Siapakah yang merdeka sebenarnya?


---

Sebagai rakyat biasa, aku nampak Malaysia hanya berubah dalam bilangan bangunan sahaja. Rakyat pula masih sama, atau malah, makin teruk! Dan aku sangat mahukan perubahan dalam perkara ni. Buat apa kalau ada bangunan-bangunan pencakar langit kelas pertama tapi otak rakyat kelas dunia ketiga?!

Aku kesian bila tengok anak muda hari ini huha sana huha sini seolah-olah mereka tak akan mati. Sementara tok nenek moyang mereka dulu pernah bersusah payah, melaungkan suara merdeka sambil memegang senapang di tangan menentang cengkaman penjajah demi masa depan dirinya dan anak cucu.

Aku kesian bila tengok anak muda di media sosial, pada 'comment'nya masih ada mereka yang fikirannya masih macam budak-budak padahal sudah berjanggut beruban. Kesian melihat kegagalan sistem pendidikan negara untuk melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran berfikir, dalam bahasa omputeh thinking skills. Mudah ditipu dan terpedaya dengan janji-janji palsu daripada menteri sampailah iblis yang direjam. Err.. (or whichever comes first)

Aku kesian bila tengok sesetengah golongan yang sangat takutkan perubahan. Kalau ditukar pemerintah, maka hancur binasalah segalanya. Begitulah fikir mereka. Sangat hebat thiqoh mereka, kan?

Aku kesian bila tengok sudah bermacam-macam drama yang dilakonkan oleh sesetengah golongan, tapi mahu pertahankan mereka tanpa berfikir panjang.

Aku tak nampak lagi kita sudah bebas daripada itu.

---


Penjajahan mungkin sudah berakhir, namun kesan penjajahan seolah-olah tak pernah tertanggal daripada masyarakat kita hinggalah hari ini.

Semangat 3G Portugis untuk menjelajah hingga ke timur seolah-olah nampak keberhasilannya.

Kelicikan British melemahkan kuasa Sultan - hanya sebagai penasihat agama, sementara ekonomi, pendidikan, dan lain-lain dipegang oleh residen sudah menampakkan cara mereka memisahkan agama daripada kehidupan, sedangkan Islam itu ad-diin. Belum lagi bicara tentang budaya yang mereka bawa -  tarian, arak dan macam-macam lagi.

Tengoklah sekeliling. Semuanya sudah mengasingkan Islam daripada kehidupan seharian. Lupa akan sebenarnya Islam sepatutnya menjadi way of life bukannya hanya di masjid dan solat.

Aku tak nampak lagi kita sudah bebas daripada itu.


---


Aku bersetuju dengan kenyataan Malaysia sudah merdeka sebahagiannya sahaja. Tapi belum bebas sepenuhnya.

Jadi macam mana nak merdeka?

Bagi aku, kalau nak merdeka, dari individu sehinggalah mereka yang memerintah, mestilah memegang keadilan.



-budak hiro-

Wednesday, July 29, 2015

SWOT Ramadan




Ramadan sudah seminggu lebih berlalu. Ada yang masih bersedih dengan pemergiannya. Ada yang sedih kerana merindui suasana Ramadan, dan ada yang sedih kerana tak ambil peluang Ramadan dengan bersungguh-sungguh.

Tapi semua itu sudah berlalu dan perkara yang terbaik untuk kita lakukan bersama sekarang ialah SWOT Ramadan. (Strength, Weakness, Opportunity dan Threat, SWOT). Dalam bahasa mudah, muhasabah Ramadan. Bersedih atau menangis menyesal sampai mata jadi Cyclops pon tak ada guna, yang penting kita improve! ( tapi kalau jadi Cyclops best jugak kan).

Seperti event-event yang besar, majlis-majlis yang grand, ataupun program yang kita anjurkan, pasti akan ada sesi muhasabah untuk ruang improvement. Begitu jugalah dengan Ramadan. Sepatutnya, sebulan bersekolah, melatih diri menjadi Muslim yang sebenar pon kena lah ada sesi muhasabah.

Strength. Kita mesti tahu kekuatan diri kita. Orang yang mengenal kelebihan diri sendiri, maka dia akan lebih maju ke hadapan kerana dia akan mengasah bakat atau  bina kekuatan yang dia ada itu. Kalau kekuatan sendiri pon tak tahu, nak asah apa?

Contohnya, kalau kita seorang yang suka baca Quran. Dan itu kekuatan kita. Maka, Ramadan kita, kita boleh improve atau tingkatkan lagi hubungan kita dengan Quran. Kalau sebelum ini kita hanya suka 'baca' Quran, maka next step ialah kita tadabbur, hafal, baca tafsir, dalam bulan Ramadan. Kan molek gituh!

Kalau kita pandai dalam buat video atau muzik. Kita boleh membuat satu video dan muzik yang boleh memberi motivasi kepada semua orang untuk tingkatkan ibadah dalam bulan Ramadan, atau mungkin memberi kesedaran tentang Ramadan. Ketahuilah, video dan muzik adalah medium yang sangat memberi kesan dalam tingkah laku manusia hari ini. Serius.

Kalau pandai masak, inilah masanya korang nak menjamu orang berbuka puasa. Banyak pahala tu!

Weakness. Yang ini pon sama. Kita pon kena tahu kelemahan kita. Antara sebab utama satu kumpulan mengalami kekalahan dalam sesebuah peperangan adalah disebabkan mereka tak dapat mengenalpasti kelemahan mereka. Samada barisan tentera mereka yang masih tak berpengalaman atau latihan, ataupun kelemahan dari segi strategi, ataupun dari segi teknologi perang dan mungkin juga dari segi informasi tentang pihak lawan yang tak lengkap. Jadi, kita mesti tahu kelemahan kita, supaya kita boleh cepat-cepat ambil tindakan dengan segera.

Contohnya, kalau kita seorang yang lemah tanpa makanan, kita kena fikirlah apakah ubatnya. Bila tiada makanan, kita akan tidur sampai azan maghrib. Payah jugak kan. So, perlulah fikir macam mana nak bagi cergas seharian. Tak aci lah main ngelat asyik tidur je!


Opportunity. Daripada pengalaman Ramadan baru-baru ini, apakah peluang yang kita dapat kenal pasti? Bagi saya, peluang yang sangat saya dapat rasai ialah dari segi masa dan suasana. Bila puasa, tiba-tiba rasa, panjang pulak hari ini ya! Biasanya dah maghrib waktu begini. Hihi. Keberkatan masa tuh!

Peluang kedua ialah suasana Ramadan. Kalau sebelum ini, kawan kita yang tak pernah baca Quran, tiba-tiba baca Quran bukan main lagi. Banyak cerita kita dengar, bila Ramadan tiba, orang yang tak pernah solat, mula solat. Orang yang tak puasa, boleh puasa, walaupun tak solat. Begitu. Mejik!

Seolah-olah Ramadan ini ada aura dan sentuhan yang power.

Threat. Ancaman? Apakah ancaman dalam bulan Ramadan pulak ni? Makanan kah? Syaitan dah kena kurung. Mungkin nafsu! Ya, bagi saya, ancaman terbesar dalam bulan Ramadan ialah diri sendiri atau nafsu. Ramadan sendiri mengajar untuk kita mengawal diri. Saya ternampak quote :

" Fast with your body, mind and soul "


Ramadan bukan untuk membalas lapar dengan kenyang



Dan saya rasa hypothesis saya tadi tu sangat benar apabila isu-isu besar terjadi. Sebagai contoh, kecoh yang telah berlaku di Kuala Lumpur dalam bulan Ramadan yang disebabkan tak dapat kawal diri. Low Yatt. Lagi, cerita korupsi pemimpin. Dan yang biasa kita dengar tapi tiada respon diambil juga, ialah pembaziran di bulan Ramadan yang dikatakan kadar pembazirannya ialah seolah-olah menyamai 30 binaan KLCC. Apakah ini semua masuk akal?


Adakah beberapa contoh masalah yang disenaraikan tadi telah mendekatkan diri kita kepada taqwa? Mungkin. Mungkin boleh, jika kita memberi respon yang betul terhadap masalah-masalah tadi. Respon yang menunduk nafsu kita. Korang terfikir tak, pasti ada hikmah Allah menimbulkan masalah ini dalam bulan mulia ini. Mungkin, supaya kita bertaqwa. Tapi, kita pilih jalan yang mana?

What's done is done.

Mengejar taqwa bukan hanya pada bulan Ramadan. Bahkan sentiasa dijemput oleh sang Tuhan untuk merapatkan diri kepadaNya.




"Dan bersegaralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa"



Marilah bersama-sama berusaha mendapatkan taqwa supaya kita menjejak kaki dalam bulan Ramadan yang seterusnya dengan fasa yang lebih tinggi, daripada taqwa kepada lebih taqwa. Gituuhh..




-budak hiro-

Wednesday, July 22, 2015

Masa, untuk Kuasa



''Kalau nak travel cepat, travel lah dengan beberapa orang sahaja. Kalau tak, kamu akan lambat''


Begitulah lebih kurang pesan kawan aku yang lebih tua sikit daripada aku satu ketika dahulu. Sekarang baru aku faham.

Biasanya kalau nak kejar train yang akan sampai lagi lima minit, sempat sahaja aku kejar. Tapi petang tadi tak.

''Weh lek  lu. Penat ni. Aku tak biasa jalan banyak macam ni.''

Bising kawan-kawan yang baru sampai untuk July intake. Walaupun aku pun faham, duduk di  negara orang putih ini kena banyak berjalan (bukan macam di  Malaysia, nak ke mana-mana naik kereta, naik motor. Tu pun bapak yang punya), tapi aku masih stress disebabkan mereka aku pun terlepas train. Kena tunggu lagi 20 minit.

Ketika inilah aku teringat pesan kawan aku awal-awal tadi. Iyalah, kalau kita sorang-sorang, senang lah. Kalau ramai-ramai, banyak songeh pulak. Sorang suka main fon sambil jalan. Yang sorang lagi asyik teruja melihat bangunan-bangunan yang yang architecture-nya bukan main lagi. Sorang lagi pulak jalan satu langkah, selfie 3 gaya. Aku dalam hati, "inni soim, inni soim''.

Hew..



___________________________________


Dalam membawa misi rahmatan lil 'alamin, ia bermula dengan seorang sahaja. Nabi Muhammad s.a.w.

Dan sebagai Rasul, tak cukuplah kalau hanya beribadah seorang diri dalam rumah. Senang benor lah kalau macam tu.

Point nya ialah, untuk mencapai ustaziatul alam, memang, pasti, surely, kompom lama. Lama gila !

Kerajaan Abbasiyah menjadi rujukan dunia pon, bertahun-tahun selepas kewafatan Sang Rasul.



Mengapa?

...

Aku pernah tanya seorang yang rapat, dalam banyak-banyak benda dalam dunia, benda apa yang paling susah?

''Dealing with people''

(Omputeh pulak!)

Ada betul pada apa yang dia cakap. Untuk manage manusia bukan sesuatu yang senang. Apatah lagi mahu membawa mereka semua mempunyai satu tujuan, idea, atau fikrah yang sama.

Adik-beradik bergaduh berebut remote sebab masing-masing nak tengok channel kartun yang berbeza.
Kawan-kawan berpuak-puak di  sekolah sebab tak 'masuk' dengan geng lain.

Apa yang sedang berlaku dalam negara sendiri pon dah pening dibuatnya. Satu per satu masalah muncul kerana mindset dan sikap masing-masing. Pergaduhan perkauman, masalah hutang negara yang tak berbilion-bilion ringgit, pembelian hartanah yang kontroversi, parti baru.

Hmm...

Walaupun nampak susah, namun tak mustahil lah ya. Zaman Jahiliyyah dulu pon teruk juga. Semua jenis masalah semuanya ada, sebut ja. Kalau Sang Rasul duduk rumah tak buat apa, kita hari ni pasti tak dapat merasai nikmat Islam.

Bagi setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Semuanya bergantung pada pilihan kita sama ada mahu membantu (contribute) atau tidak.

Paling kurang, selepas ini, kawan-kawan kita pula yang akan cakap,

''Weh jom cepat sikit, train dah nak sampai tu''.





-budak hiro-

Ratings and Recommendations by outbrain