Kemerdekaan dari segi bahasa Sanskrit membawa maksud kekayaan, keagungan dan kekuasaan.
Sudah 58 tahun kita merdeka daripada penjajahan kuasa asing dalam tanah air kita. Bermaksud, kita sudah mampu membangunkan sebuah negara sendiri tanpa tunduk mengikut telunjuk kuasa besar barat ataupun timur lagi.
Sedikit demi sedikit negara kita menjadi lebih maju. Bangunan tinggi semakin banyak. Seni binaan bangunan pencakar langit bermacam-macam. Ada LRT. Nanti MRT.
Ini sangat mengujakan semua rakyat Malaysia kerana kita tampak maju dan seiring dengan negara-negara maju yang lain. Kalau korang tanya aku pon, aku akan katakan jawapan yang sama. Memang tak dapat dinafikan lagi, Malaysia ini negara yang sangat pesat membangun dan maju!
Tapi sayangnya kemajuannya tak seiring.
Tak seiring bersama-sama dengan rakyat.
Tak seiring bersama-sama dengan ruh Islam. Ruh keamanan.
Kalau sesebuah negara itu maju, macam mana ada orang miskin?
Kalau sesebuah negara itu membangun, macam mana ada orang masih merompak dan membunuh?
Di manakah kekayaan, keagungan dan kekuasaan?
Siapakah yang kaya, agung dan berkuasa sebenarnya?
Siapakah yang merdeka sebenarnya?
---
Sebagai rakyat biasa, aku nampak Malaysia hanya berubah dalam bilangan bangunan sahaja. Rakyat pula masih sama, atau malah, makin teruk! Dan aku sangat mahukan perubahan dalam perkara ni. Buat apa kalau ada bangunan-bangunan pencakar langit kelas pertama tapi otak rakyat kelas dunia ketiga?!
Aku kesian bila tengok anak muda hari ini huha sana huha sini seolah-olah mereka tak akan mati. Sementara tok nenek moyang mereka dulu pernah bersusah payah, melaungkan suara merdeka sambil memegang senapang di tangan menentang cengkaman penjajah demi masa depan dirinya dan anak cucu.
Aku kesian bila tengok anak muda di media sosial, pada 'comment'nya masih ada mereka yang fikirannya masih macam budak-budak padahal sudah berjanggut beruban. Kesian melihat kegagalan sistem pendidikan negara untuk melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran berfikir, dalam bahasa omputeh thinking skills. Mudah ditipu dan terpedaya dengan janji-janji palsu daripada menteri sampailah iblis yang direjam. Err.. (or whichever comes first)
Aku kesian bila tengok sesetengah golongan yang sangat takutkan perubahan. Kalau ditukar pemerintah, maka hancur binasalah segalanya. Begitulah fikir mereka. Sangat hebat thiqoh mereka, kan?
Aku kesian bila tengok sudah bermacam-macam drama yang dilakonkan oleh sesetengah golongan, tapi mahu pertahankan mereka tanpa berfikir panjang.
Aku tak nampak lagi kita sudah bebas daripada itu.
---
Penjajahan mungkin sudah berakhir, namun kesan penjajahan seolah-olah tak pernah tertanggal daripada masyarakat kita hinggalah hari ini.
Semangat 3G Portugis untuk menjelajah hingga ke timur seolah-olah nampak keberhasilannya.
Kelicikan British melemahkan kuasa Sultan - hanya sebagai penasihat agama, sementara ekonomi, pendidikan, dan lain-lain dipegang oleh residen sudah menampakkan cara mereka memisahkan agama daripada kehidupan, sedangkan Islam itu ad-diin. Belum lagi bicara tentang budaya yang mereka bawa - tarian, arak dan macam-macam lagi.
Tengoklah sekeliling. Semuanya sudah mengasingkan Islam daripada kehidupan seharian. Lupa akan sebenarnya Islam sepatutnya menjadi way of life bukannya hanya di masjid dan solat.
Aku tak nampak lagi kita sudah bebas daripada itu.
---
Aku bersetuju dengan kenyataan Malaysia sudah merdeka sebahagiannya sahaja. Tapi belum bebas sepenuhnya.
Jadi macam mana nak merdeka?
Bagi aku, kalau nak merdeka, dari individu sehinggalah mereka yang memerintah, mestilah memegang keadilan.
-budak hiro-
Harrah's Casino - Casinos, Casinos & Lodging
ReplyDeleteFind 바카라 게임 the BEST and NEWEST HARRAH'S CASINOS & 출장마사지 LODGING GAMES in LOUIS BOUGHT MOMENTUCKS IN LOUIS BOUGHT MOMENTUCKS IN LOUIS BOUGHT MOMENTUCKS IN LOUIS BOUGHT MOMENTUCKS IN 서울특별 출장안마 LOUIS BOUGHT MOMENTUCKS in 김포 출장샵 LOUIS BOUGHT MOMENTUCKS 광주광역 출장안마 in