Wednesday, July 29, 2015

SWOT Ramadan




Ramadan sudah seminggu lebih berlalu. Ada yang masih bersedih dengan pemergiannya. Ada yang sedih kerana merindui suasana Ramadan, dan ada yang sedih kerana tak ambil peluang Ramadan dengan bersungguh-sungguh.

Tapi semua itu sudah berlalu dan perkara yang terbaik untuk kita lakukan bersama sekarang ialah SWOT Ramadan. (Strength, Weakness, Opportunity dan Threat, SWOT). Dalam bahasa mudah, muhasabah Ramadan. Bersedih atau menangis menyesal sampai mata jadi Cyclops pon tak ada guna, yang penting kita improve! ( tapi kalau jadi Cyclops best jugak kan).

Seperti event-event yang besar, majlis-majlis yang grand, ataupun program yang kita anjurkan, pasti akan ada sesi muhasabah untuk ruang improvement. Begitu jugalah dengan Ramadan. Sepatutnya, sebulan bersekolah, melatih diri menjadi Muslim yang sebenar pon kena lah ada sesi muhasabah.

Strength. Kita mesti tahu kekuatan diri kita. Orang yang mengenal kelebihan diri sendiri, maka dia akan lebih maju ke hadapan kerana dia akan mengasah bakat atau  bina kekuatan yang dia ada itu. Kalau kekuatan sendiri pon tak tahu, nak asah apa?

Contohnya, kalau kita seorang yang suka baca Quran. Dan itu kekuatan kita. Maka, Ramadan kita, kita boleh improve atau tingkatkan lagi hubungan kita dengan Quran. Kalau sebelum ini kita hanya suka 'baca' Quran, maka next step ialah kita tadabbur, hafal, baca tafsir, dalam bulan Ramadan. Kan molek gituh!

Kalau kita pandai dalam buat video atau muzik. Kita boleh membuat satu video dan muzik yang boleh memberi motivasi kepada semua orang untuk tingkatkan ibadah dalam bulan Ramadan, atau mungkin memberi kesedaran tentang Ramadan. Ketahuilah, video dan muzik adalah medium yang sangat memberi kesan dalam tingkah laku manusia hari ini. Serius.

Kalau pandai masak, inilah masanya korang nak menjamu orang berbuka puasa. Banyak pahala tu!

Weakness. Yang ini pon sama. Kita pon kena tahu kelemahan kita. Antara sebab utama satu kumpulan mengalami kekalahan dalam sesebuah peperangan adalah disebabkan mereka tak dapat mengenalpasti kelemahan mereka. Samada barisan tentera mereka yang masih tak berpengalaman atau latihan, ataupun kelemahan dari segi strategi, ataupun dari segi teknologi perang dan mungkin juga dari segi informasi tentang pihak lawan yang tak lengkap. Jadi, kita mesti tahu kelemahan kita, supaya kita boleh cepat-cepat ambil tindakan dengan segera.

Contohnya, kalau kita seorang yang lemah tanpa makanan, kita kena fikirlah apakah ubatnya. Bila tiada makanan, kita akan tidur sampai azan maghrib. Payah jugak kan. So, perlulah fikir macam mana nak bagi cergas seharian. Tak aci lah main ngelat asyik tidur je!


Opportunity. Daripada pengalaman Ramadan baru-baru ini, apakah peluang yang kita dapat kenal pasti? Bagi saya, peluang yang sangat saya dapat rasai ialah dari segi masa dan suasana. Bila puasa, tiba-tiba rasa, panjang pulak hari ini ya! Biasanya dah maghrib waktu begini. Hihi. Keberkatan masa tuh!

Peluang kedua ialah suasana Ramadan. Kalau sebelum ini, kawan kita yang tak pernah baca Quran, tiba-tiba baca Quran bukan main lagi. Banyak cerita kita dengar, bila Ramadan tiba, orang yang tak pernah solat, mula solat. Orang yang tak puasa, boleh puasa, walaupun tak solat. Begitu. Mejik!

Seolah-olah Ramadan ini ada aura dan sentuhan yang power.

Threat. Ancaman? Apakah ancaman dalam bulan Ramadan pulak ni? Makanan kah? Syaitan dah kena kurung. Mungkin nafsu! Ya, bagi saya, ancaman terbesar dalam bulan Ramadan ialah diri sendiri atau nafsu. Ramadan sendiri mengajar untuk kita mengawal diri. Saya ternampak quote :

" Fast with your body, mind and soul "


Ramadan bukan untuk membalas lapar dengan kenyang



Dan saya rasa hypothesis saya tadi tu sangat benar apabila isu-isu besar terjadi. Sebagai contoh, kecoh yang telah berlaku di Kuala Lumpur dalam bulan Ramadan yang disebabkan tak dapat kawal diri. Low Yatt. Lagi, cerita korupsi pemimpin. Dan yang biasa kita dengar tapi tiada respon diambil juga, ialah pembaziran di bulan Ramadan yang dikatakan kadar pembazirannya ialah seolah-olah menyamai 30 binaan KLCC. Apakah ini semua masuk akal?


Adakah beberapa contoh masalah yang disenaraikan tadi telah mendekatkan diri kita kepada taqwa? Mungkin. Mungkin boleh, jika kita memberi respon yang betul terhadap masalah-masalah tadi. Respon yang menunduk nafsu kita. Korang terfikir tak, pasti ada hikmah Allah menimbulkan masalah ini dalam bulan mulia ini. Mungkin, supaya kita bertaqwa. Tapi, kita pilih jalan yang mana?

What's done is done.

Mengejar taqwa bukan hanya pada bulan Ramadan. Bahkan sentiasa dijemput oleh sang Tuhan untuk merapatkan diri kepadaNya.




"Dan bersegaralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa"



Marilah bersama-sama berusaha mendapatkan taqwa supaya kita menjejak kaki dalam bulan Ramadan yang seterusnya dengan fasa yang lebih tinggi, daripada taqwa kepada lebih taqwa. Gituuhh..




-budak hiro-

No comments:

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain