Monday, March 30, 2015

Aku tak percayakan 4 burung.


Walaupun ramai orang percaya tentang ujian personaliti seperti ujian D.O.P.E (Dove, Owl, Peacock, Eagle) dan serupa dengannya, namun saya tak.

Bukannya saya tak setuju langsung, tapi saya mendapati ada kecacatan dalam ujian tu yang menyebabkan saya tak bersetuju apabila ada yang mempercayai ujian itu dan hidup dengan tips-tips yang dicanangkan oleh penulis itu.

Saya tahu yang memang kajian demi kajian telah dilakukan tapi yalah, teori manusia, tak selalunya betul. Tengoklah, teori motivasi pon dah ada banyak, menunjukkan ada banyak perbezaan pendapat tentang topik tu sebab manusia memang semuanya berbeza. Sebab itulah bidang sains manusia sangatlah luas, jauh berbeza dengan sains tulen.


Apa yang saya perasan ialah walaupun ada 4 perbezaan personaliti yang digariskan, namun saya  lihat ada yang mempunyai kecampuran personaliti. Bagaimana pula begitu? Tak semua orang yang 'lively' tak mudah tersinggung dan tak semua yang pendiam adalah orang yang suka pendam perasaan. Tak semua yang dikatakan 'born a leader' pandai dalam memimpin, tak semua orang yang 'born a follower(?)' tak pandai memimpin.

Ya, dalam ujian itu juga dinyatakan personaliti boleh berubah mengikut situasi dan orang disekelilingnya. Yang ini saya setuju. Yang saya benci ialah apabila orang yang terlalu mempercayai, atau mungkin boleh saya katakan taksub dengan ujian personaliti sehinggakan mereka berkata ,


''Oh, aku ini seorang pemimpin, orang lain mesti dengar cakap aku!''

''Hey kau, aku ini seorang yang melankolik, aku seorang yang mudah tersinggung, so jangan kutuk-kutuk aku!''



Inilah contoh orang yang taksub. Orang yang tak 'move on'.

Bagi saya, ujian personaliti ini hanyalah untuk mengenali diri dan orang lain secara umum. Dan letakkan dalam minda, bahawa tak semua yang ditulis itu betul. Kita sepatutnya menjadikannya sumber kekuatan bukan sumber untuk menonjolkan kelemahan.

Akhir kata, bina diri sendiri dalam bentuk yang anda sendiri suka, dan layan orang lain mengikut sikap orang itu 'specifically'.


p/s: dan jangan assume & judge.



-budak hiro-

Friday, March 27, 2015

Ceritakan Bagaimana Amazing nya Ini.


Saya pernah tertarik dengan warna-warna dalam buih yang ditiup selepas dicelup dalam bekas sabun.

Warna-warni.

Dalam kepala saya, ''Wow!''

Dan saya terus mengajak adik-adik saya melihat sama warna-warna dalam buih yang asyik berpusing sana sini.

Hanya kerana benda itu baru bagi saya dan benda itu 'just amazing' bagi saya waktu tu.

...

Semuanya sekarang boring. Mujur baru-baru ini sahaja keluar sosok-sosok yang memeriahkan imej 'ini'. Mempamerkan kreativiti dan gaya. Meluaskan kepelbagaian pelanggan. Saya tak nak senaraikan nama. Kamu sudah tahu.

Cumanya, tak semua kenal mereka. Tak semua ada internet. Tak semua suka membaca. Tak semua suka tonton video. Tak semua tahu.

Apa yang kita boleh buat ialah perkenalkan benda ini kepada mereka yang tak tahu. Kerana mungkin juga mereka ini suka kan benda baru dan 'amazed' dengannya. Kita tak tahu.

Kisahkan kepada mereka cerita-cerita kejayaan yang rapat dengan mereka. Yang berkait rapat dengan hidup mereka. Kisah yang membuat mereka tersenyum dan tertarik untuk mengikut tapak kaki lagenda superhero yang asli. Perwira-perwira yang tak pernah ditelan zaman cumanya terlindung daripada awan gelap. Oleh itu, biarlah kita menjadi rintik hujan yang mengukir senyuman penduduk bumi.

Ada yang kata, ''Bapak ahh, awkward gila nak cerita pasal cerita lama gitu!''

Kau sudah cuba belum?

Ada yang kata, ''Aku dah cuba, semua reject aku!''

Allah menilai usaha kamu. Kamu perlu juga muhasabah, kenapa kena reject! lol.

Now, keluarlah dan ceritakanlah cerita yang amazing.

Biar mata mereka berkaca hati mereka jatuh cinta kepada 'ini'.





-budak hiro-

Gilaaa


Gila.

Semua sudah menjadi gila.

Dunia hanya memakai topeng. Melakonkan watak yang diberikan masing-masing.

Kebencian diterjemahkan kepada tuduhan fitnah dalam media. Memaksa dunia mempercayai tipu daya , menepikan kebenaran yang nampak bosan.

Dan dunia membisu.

Terus membisu.

Di Xinjiang, kerajaan persoalkan wanita bekerja yang bertudung.

Di Malaysia pula, kedai-kedai hanya menghalau sahaja perempuan bertudung yang meminta kerja.

Apakah?!

Di Perancis, tragedi Charlie Hebdo bukan main lagi rancak diperdebat. Salahkan sebelah pihak.

Di Amerika, tragedi di parkir kereta akhirnya membawa konklusi kepada 'bagaimana mahu parkir kereta dengan cara yang betul'.

Apakah?

Keganasan di Afghanistan, Palestin, Syria hanya dipandang enteng sahaja kerana keganasannya yang berlaku tiap-tiap hari.

Media juga jarang menyiarkan benda macam ini. Kalau siarkan juga, orang-orang hanya akan memandangnya sebelah mata sahaja. ''Alahai, dorang ni asyik gaduh je memanjang.''

Bila ada hobi yang sama, jadi kawan baik.
Bila ada minat yang sama, jadi kawan baik.
Bila ada agama yang sama, tiba-tiba jadi musuh yang tak pernah berbaik-baik.
Di mana ''...mukminuuna ikhwah..'' ??

Dunia akan terus menggila kerana kita yang asyik bergaduh kerana benda yang remeh-temeh.
Nanti kat sana, apa nak jawab?
Dunia pernah dahulu aman tenteram atas perjuangan yang dimulakan oleh seorang.
 Dengan izin Tuhan, kita juga mampu.






Ratings and Recommendations by outbrain