''YAHOO! Palestin dah menang! Boleh makan MekDi!''
Bagi saya, statement tu sama macam,
''Yay! Islam dah menjadi Ustaziyatul Alam! Boleh pergi party!''
Peluh besar.
Kemenangan di Palestin |
Perkara macam ni terjadi sebab matlamat mereka bukan keredhaan Allah. Matlamat mereka kemenangan dunia. Kalau itu yang terjadi, maka kemenangan itu tak akan berkekalan lama lah!
Sedangkan usaha mencapai Ustaziyatul Alam itu sendiri adalah untuk menjadikan bumi ini makmur, berlandaskan syariat Allah. Kalau dijadikannya landasan untuk ber-party, balik awal lah!
Kemenangan di Palestin bukanlah kemenangan yang teragung. Walaupun kemenangan itu memberikan peluang untuk negara Palestin kembali pulih, namun bagi saya, lebih banyak kemenangan yang sudah Palestin kecapi jika mahu dibandingkan dengan kejayaan persetujuan untuk keamanan seperti yang saya sentuh tadi.
Antaranya,
1) Kejayaan membuka mata dunia bahawa orang Palestin lah yang sebenarnya ditindas, diceroboh, dan tentera zionis Israel lah terrorist yang sebenar, walaupun ada pihak yang masih cuba menutupinya.
2) Kejayaan menundukkan Israel untuk membuat perjanjian dengan Hamas. Ini menunjukkan mereka secara tak langsung mengiktiraf kehebatan Hamas yang sebelum ini mereka sangka sangat mudah untuk dikalahkan. Perkara yang sama berlaku antara kafir Quraisy Makkah dengan umat Islam Madinah bawah pimpinan Nabi Muhammad. Dan perkara ini yang akan saya bincangkan :)
3) Dan banyak lagi lah kan!? Allah lebih mengetahui.
Dalam al-Quran, surah al-Fath ayat pertama :
''Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata''
48:1
Tahukah anda bahawa ayat ini diturunkan ketika umat Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad tampak kalah?!
Erk.
Iaitu selepas Perjanjian Hudaibiyah.
Intipati perjanjian yang sememangnya tampak menguntungkan kafir Quraisy.
Dan, orang Islam ketika itu yang sudah membelanjakan banyak daripada harta mereka dan sanggup berjalan kaki berhari-hari atau berminggu-minggu dari Madinah semata-mata untuk melakukan haji di Makkah terpaksa pulang kembali, juga kerana Perjanjian Hudaibiyah itu.
Jadi, di manakah kemenangan yang Allah sebutkan itu?
Jawapannya ialah pada para sahabat Rasulullah. Ya, sahabat. Mereka lah kemenangan yang tiada tolok bandingnya bagi seorang Rasul.
Individu-individu yang tak pernah meragui setiap perkataan yang terbit dari mulut baginda s.a.w.
Rijal yang sentiasa bersama-sama dalam peperangan dan perjuangan. Sentiasa mempercayai mimpi-mimpi Nabi yang menggambarkan kemenangan Islam pada masa hadapan termasuklah mimpi melakukan haji di Makkah.
Namun, insiden di Hudaibiyah telah membuatkan para sahabat menjadi marah dan hampa. Marah dan hampa kepada orang Quraisy kerana tak membenarkan mereka melakukan tawaf di Kaabah sedangkan orang Arab yang lain dibenarkan sahaja. Marah dan hampa kerana Nabi Muhammad telah menandatangani perjanjian yang kelihatan menguntungkan pihak musuh. Marah dan hampa sehingga diceritakan mereka ini hampir-hampir sahaja tidak mendengar arahan Nabi untuk pulang ke Madinah. Ini sepatutnya tidak menjadi sesuatu yang mengejutkan kerana mereka juga manusia biasa.
Namun, iman mereka kepada Allah dan Rasul melebihi hati dan perasaan mereka. Mereka akhirnya taat dan patuh perintah Nabi, pulang ke Madinah. (Ha yang ini patut terkejut sebab mereka ni dapat menelan sahaja perasaan mereka yang sedang membuak-buak itu).
Dan akhirnya, Allah telah memberi kemenangan pembukaan kota Makkah atas keimanan umat Islam pada ketika itu.
Kemenangan yang dapat membolehkan bukan sahaja mereka untuk melakukan haji, bahkan untuk generasi seterusnya juga.
Kerana keimanan mereka, Allah memberikan kemenangan melalui perjanjian yang disangka-sangka merugikan.
Ayat pertama surah al-Fath menunjukkan kemenangan di sisi Allah tak sama dengan kemenangan yang kita sangka. Allah menggariskan kemenangan yang sebenar ialah keimanan kepada Allah dan Rasul melebihi segala-galanya.
Sangatlah mudah untuk Allah berikan kepada kita kemenangan dunia, apabila kita 'meletakkan' Allah di tempat tertinggi dalam hati.
Kerana itu saya sebut awal-awal tadi, Palestin sudah lama menang.
Saya mahu tanya, ''Adakah kita sudah menang?''
No comments:
Post a Comment