Pepatah di atas telah aku petik dari post kawan aku di facebook. Tapi, aku tak 'sure' pepatah tu dia ambik dari mana. Yang pastinya, memang pedas. " Siapa yang makan cili, dia lah yang terasa pedasnya ". Kata-kata itu seolah-olah memang dicipta, direka, dan ditujukan kepada aku.
Oleh kerana aku telah 'terpilih' untuk mengambil program International Baccalaureate,
Jika dikaitkan aku di KMB dengan suasana yang sentiasa sibuk, 'probabilty' aku untuk melakukan maksiat tu kurang jika nak dibandingkan masa aku di rumah, lepak dengan kawan-kawan, dll. Satu kelebihan IB yang aku nampak. :D
Tapi, ni semua tentang iman kita sebenarnya. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda, " Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. "
Jadi, tak kisah lah masa tu kita 'free' ke, 'busy' ke, kalau iman kita masa tu 'top form' memang kita tak kan buat maksiat lah. Sebab, iman manusia sentiasa berbolak-balik, naik turun, turun naik. Jadi, ayuh kita sama-sama berdoa kepada Yang Esa supaya Dia sentiasa memelihara kita dan berpegang teguh pada agamaNYA dan mentaatiNYA. . . .sentiasa
No comments:
Post a Comment