Tuesday, November 29, 2011

Bila Lapang Sikit jer, Mulalah...

" Apabila kita tidak disibukkan dengan KEBAIKAN, maka kita akan disibukkan dengan  KEJAHATAN. Sesungguhnya rehat bagi seorang mukmin itu setelah kakinya menginjak ke Syurga"


Pepatah di atas telah aku petik dari post kawan aku di facebook. Tapi, aku tak 'sure' pepatah tu dia ambik dari mana. Yang pastinya, memang pedas. " Siapa yang makan cili, dia lah yang terasa pedasnya ". Kata-kata itu seolah-olah memang dicipta, direka, dan ditujukan kepada aku. 


Oleh kerana aku telah 'terpilih' untuk mengambil program International Baccalaureate, yang telah membuat aku menyesal tak terhingga,  sememangnya hidup aku di Kolej Mara Banting, KMB, amatlah sibuk. Oleh sebab itu, ada yang menggelar KMB sebagai Kolej Maha Busy, tapi aku tak suka nama tu sebab ada perkataan Maha kat situ (wrong choice of word). Walaupun hanya berada di sana selama satu semester, namun, aku dapat merasakan tempias kesibukan 'senior-senior' aku di Semester 3. 


Jika dikaitkan aku di KMB dengan suasana yang sentiasa sibuk, 'probabilty' aku untuk melakukan maksiat tu kurang jika nak dibandingkan masa aku di rumah, lepak dengan kawan-kawan, dll. Satu kelebihan IB yang aku nampak.  :D


Tapi, ni semua tentang iman kita sebenarnya. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda, " Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. "

Jadi, tak kisah lah masa tu kita 'free' ke, 'busy' ke, kalau iman kita masa tu 'top form' memang kita tak kan buat maksiat lah. Sebab, iman manusia sentiasa berbolak-balik, naik turun, turun naik. Jadi, ayuh kita sama-sama berdoa kepada Yang Esa supaya Dia sentiasa memelihara kita dan berpegang teguh pada agamaNYA dan mentaatiNYA. . . .sentiasa

Monday, November 28, 2011

Sudah Setahun ia Berlalu

Wooh!

Kalau diingatkan balik, masa ni aku duk study, walaupun aku tak pernah study sampai tak tidur malam... ( Sebut pasal perkataan 'SPM', 'study', 'tak tidur malam', tiba-tiba aku teringatkan video 'Hang Tuah fail SPM' ) !! Ok, aku jawab kertas-kertas SPM dalam dewan. Koordinatnya tak ingat, tapi, dari pintu masuk utama, aku di barisan paling kiri, tepi kipas. Dan duduk di sebelah kipas ada kelebihan dan keburukannya...kan?


* * *

Tapi, di Kolej Mara Banting, aku sudah beberapa malam, tak tidur malam. Bukan sebab study, tapi untuk siapkan kerja rumah, iaitu lab report. Mesti pelik. Kerja rumah tak payah buat pun tak pe kan. Rilek sudeh. Hmm...tapi yang ni lain. Lab report tu sangatlah penting sebabnya iye tu adalah Internal Assesment untuk IB. Jadi, nak tak nak kene buat jugak. Baru-baru ni exam sem, dan yang aku boleh tulis kat sini ialah, 'gg'. Tu pun kalau anda faham.

* * *

Jadi, calon SPM 2011, berusahalah tapi jangan sampai tinggalkan perkara-perkara yang jauh lebih penting. Tak payah bagi contoh, korang dah tau. " SPM bukanlah segalanya " :p


Saja nak post walaupun agak terlambat....sikit. Rasa macam nak cerita pasal kehidupan sebagai pelajar IB kat KMB lak ( setakat SEM 1 je la ) ....Hmm..

Ratings and Recommendations by outbrain