" Wahai anakku, akan aku tunjukkan kepada mu kebahagiaan yang tiada tandingannya, yang belum pernah kamu merasainya."
" Mahukah kamu menikmatinya?", sambungnya lagi.
Anda mengangguk perlahan.
" Nun di sebalik hutan yang tebal di sana, ada sebuah kawasan yang saaaangat cantik, indah dan mendamaikan. Itulah tempatnya. "
Anda pun cuba membayangkan kecantikan dan ketenangan tempat itu dalam fikiran anda. Fuh, indah!
"Tapi", sambung ayah lagi.
" Kamu perlu mengharungi hutan tebal yang penuh dengan kesusahan. Banyak cerita yang ayah dengar daripada kawan-kawan pasal hutan tu. Ada yang kata dekat situ wujud binatang-binatang ganas seperti harimau belang, harimau kumbang, singa, serigala, dan binatang-binatang liar yang lain lah. Lagi, di situ ada pokok-pokok yang menghasilkan buah-buah yang beracun, debunga-debunga yang melalaikan dan melupakan serta pokok-pokok yang makan manusia! Lagi, hutan itu bukannya seperti di sini ; tanah yang rata, senang untuk berjalan. Tetapi, di sana akan ada lubang-lubang besar, lembah-lembah yang curam, batu-batu besar, gunung berapi, dan lain-lain. "
" Eh, kenapa ayah bagitau semua ini? "
" Ayah bukannya mahu menakut-nakutkan kamu. Tapi, kalau ayah lepaskan kamu begitu sahaja, pasti kamu tidak akan tahu keadaan sebenar hutan tebal itu. Pasti kamu akan sesat dan tidak akan sampai ke destinasi itu kerana kamu akan menganggap hutan itu seperti hutan-hutan biasa yang lain. "
Anda mula faham dengan pencerahan si ayah.
" Kesenangan tak akan dirasai tanpa kesusahan, kan? " ujar ayah.
Anda mengangguk laju.
"Jadi, di sini ayah ada satu kompas, dan satu lagi senarai apa yang perlu buat dan tidak buat di dalam hutan itu (do's and dont's)", kata ayah sambil memberikan kedua-dua barang itu kepada anda.
Anda baru sahaja mendapat :
- Kompas
- Senarai Do's and Dont's
" Untuk apa ni? "
" Kompas ini untuk menunjukkan jalan ke destinasi kamu ingin tuju supaya kamu tidak akan sesat. Senarai itu pula untuk kamu akan selamat di hutan. Senarai itu memperincikan segala-galanya seperti buah-buahan apa yang beracun dan yang mana yang tidak. Supaya kamu dapat makan buah-buahan daripada pokok yang betul. Lagi, pada senarai itu juga ada apa yang perlu kamu buat jika bertembung dengan harimau-harimau daripada puak yang berbeza. Lagi, kamu boleh tengok di situ. "
" Senarai ini, macam banyak sahaja! Lagi hafal, lagi senang nanti! "
" Itu terserah kepada kamu. Kamu nak hafal, lagi mudah perjalanan kamu nanti. Tidak lah, kamu mahu mencari senarai itu semula ketika singa menyentuh bahu kamu kan? ", usik ayah.
" Wah, di sini pun ada cara-cara membuat anak panah dan alat memanah. Pisau pun ada! Cara-cara menyembuhkan luka pun ada!"
Ayah cuma tersenyum.
" Dalam perjalanan nanti, jangan pernah lupakan kedua-dua barang ini tau. Jangan pernah tinggalkan dan kamu perlu sentiasa membawanya dalam beg galas kamu nanti. Kalau tidak...."
"Kalau tidak apa, ayah?"
"Kalau tidak, kamu sesat lah!", jawab ayah.
*****
Kini, anda sudah berada dalam hutan. Suasana sunyi sepi. Anda meneruskan perjalanan.
Sedang anda berjalan, anda terlihat beberapa orang lain sedang berjalan-jalan di hutan. Anda pasti, mereka sedang menuju ke destinasi yang sama.
Anda berjalan lagi. Kali ini pula, anda menyaksikan seorang pengembara hutan bergelut dengan sang harimau belang tidak berapa jauh dari kedudukan anda. Jika diteliti dengan baik, anda perasan bahawa si pengembara itu tidak menggunakan cara yang terdapat dalam senarai Do's and Don'ts yang telah diberikan oleh ayah tadi.
"Kalah lah orang ni."
Hutan |
Tetapi, sangkaan anda tersalah. Dia berjaya membunuh sang harimau itu tadi, lalu makan dagingnya selepas membakarnya.