Tuesday, December 25, 2012

Wah, aku juga mahu menjadi HERO!


yondaime?
                Saya berasa sangat yakin, semua orang dalam dunia ini mahu menjadi hero! Menurut kajian yang dilakukan oleh pihak PBB, memang terbukti sudah menjadi impian semua orang untuk menjadi hero. (ok yang ni tipu..) Tapi, tidak kah anda juga berfikir sedemikian? Tidak kah anda mahu menjadi hero jika diberi peluang? Tiba-tiba kena gigit dengan spider ke….Tiba-tiba pak cik Ra’s al Ghul datang menjelma dalam bilik ke… Tiba-tiba lepas baca entry ni, tengok perut, ada pusaran musang ekor sembilan ke… tak nak ke? 

                Kita tengok cerita@movie, semua hero, power2 kan? Boleh bertukar jadi raksasa… Boleh terbang!..Boleh hilang!...Boleh teleport…kena tembak, tak mati-mati walaupun tukang tembak tu ialah sniper yang paling power di dunia. Bila digelar superhero yang memiliki superpower, jarang sekali kita mendapat peluang untuk melihat mereka ini mati, kan.
Semua hero memang bergaya~
“ Wah! Hero nya Naruto!”
“ Papa, hero nya kelawar tu!”
“ Hero sungguh anda wahai Pikachu........??! ”

Hero yang sebenar

                Tapi, cuba jadi realistik wahai kawan ~ Wujud kah semua hero ni dalam dunia kita ? Boleh kah kita buat-buat pergi zoo spider, dan letak spider atas tangan dengan harapan dia gigit tangan kita? Boleh kah kita duduk atas katil sepanjang masa menunggu kehadiran pak cik Ra’s al Ghul untuk mengajak kita menyertai League of Shadows? Boleh kah kita menjadi seperti The Hulk? Captain America? ( ada ke yang nak jadi ni? )

                Saya kira jawapannya, Ya Boleh! Tapi dalam mimpi…weehee! Kalau boleh pun, saya yakin tiada orang yang sanggup melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan keuntungan, bahkan hanya berhadapan dengan risiko kematian 24 jam yang bukan sahaja kepada anda, juga orang-orang yang anda sayang!!! (adakah terlalu hiperbola di situ?)

“ If you’re good at something, Don’t do it for free ” – The Joker
(kenapa tiba-tiba ?)

                So, let’s be realistic, then! Meh kita ikut hero-hero yang pernah wujud di dunia ini! Hoho..! Hero yang membawa kebenaran ke puncak dunia! Hero yang akhirnya menjadi as-syahid, atau mati di penghujung hayatnya. Hero yang menjaga ummahnya. Hero yang bangkit melawan corruption yang melanda buminya, (macam Batman pulak kan).  Hero-hero yang mempunyai misi dan visi yang sama. 1 VISI! 1 MISI! SATU!! SATU!! (eh, macam…)


the Avengers
                Jadi siapakah mereka? Jeng3. Tariq bin Ziyaad, membawa panji kebenaran ke Andalusia@Sepanyol di Eropah, Sultan Muhammad Al-Fateh, pembuka Konstantinopel dan menjadikannya Islambol@Istanbul, Sultan Salahuddin Al-Ayubi menawan semula tanah suci Palestin! Sultan Abdul Hamid II yang menjaga hak ummah, tanah Palestin daripada dirampas. Fuh. Imam as-syahid Hasan al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimiin. Fuh, dan, banyak lagi. Kalau masa zaman Rasulullah, lagi lah ramai. Usah disebut lah The Khulafa’ ar- Rasyidiin, Khalid al-Walid, dan Rufaidah binti Sa’ad. Dan masih RAMAI LAGI! Kalau mahu disenaraikan, tiadalah habisnya entry ini…wuahaha!

                Hasil sumbangan hero-hero ni lebih hebat daripada gabungan hero-hero Marvel, yakni The Avengers…Buktinya, mereka telah membawa panji kebenaran hampir 2/3 dunia! [2 per 3 dunia]!!! Hampir seluruh dunia! Tapi, persamaannya, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kejayaan hero-hero ini. Ada pihak yang mengatakan apa yang mereka buat ini adalah kehancuran dunia. Sepertimana dalam movie The Avengers, ada mereka yang menyalahkan hero-hero ini kerana kerosakan bangunan-bangunan walaupun mereka telah ‘ menyelamatkan dunia ’(kalau tak tahu, silakan lah tengok. Eh.) Biasalah, memang lumrah hidup di dunia, ada yang menyokong tindakan kita, dan ada juga yang tidak. So, kita enjoy je lah! J (tiba-tiba)

Apa resepi mereka?

                Seperti sifat dan juga kata-kata Naruto, “ Jangan mudah mengalah!!! ”… Seperti Son Goku yang memiliki hati yang suci…Seperti Super Saiya yang sangat hebat, kuat dan boleh ‘terbang’!?...Juga seperti Captain America, ketua yang penuh dedikasi dan sangat berkaliber,. (ye ke?)… Seperti Ash Ketchum yang…..(lupakan).. Hero-hero yang benar ini memiliki sifat-sifat hero-hero imaginasi / virtual dan maya ini…atau mungkin, darjat sifat hero-hero yang benar ini lebih tinggi dan hebat daripada yang kita sangkakan. Yang paling penting, mereka terdiri daripada logam yang sangat paham…

"Manusia itu seperti logam. Baiknya dia ketika jahiliyyah, baik juga ketika Islam. Sekiranya dia faham.."
[HR Bukhari]

                Mereka faham akan tujuan hidup mereka. Mereka ditarbiyyah dengan begitu hebat sekali! Bukan setakat buat rukun Islam yang lima – solat, puasa, zakat, dll. Tapi, mereka juga faham akan  perintah untuk yad’u ilallah! Mereka faham, masuk sorga Allah itu bukan senang. Bukannya setakat menuruti rukun Islam semata-mata. Mereka faham, sikap individualistik bukanlah tuntutan Islam. Mereka mahu diri mereka, dan juga manusia seluruhnya bersama-sama mereka dalam syurga Allah nanti.

                Kerna itu lah mereka berda’wah, mengajak kepada kebaikan, membanteras jenayah! Tanpa meminta apa-apa pun, seperti, duit, populariti, dll. Tapi, biasalah ada hero, ada lah villain nya. Adakah anda mahu menjadi hero atau villain? Ada mahu menjadi penyokong hero atau penyokong villain? Mahu menjadi orang yang angkat tangan bagi tenaga pada Son Goku atau menjadi kuncu-kuncu Majinbu? Err..

Ataupun hanya menjadi penonton tv di rumah, goyang kaki !

“ Batman is a symbol. Anybody can be a batman. Anybody can be a hero!” – Bruce Wayne
Aku lah Batman!

P/s : Kita nak jadi hero bukan pejam kelip mata je..(melainkan yang qawiy sangat dah). Even Bruce Wayne pun ambil 8 tahun baru habis belajar bersama League of Shadows. ( tak habis-habis..nampak sangat terjerumus dengan pak cik J kan )
Jadi, marilah kita merelakan diri kita ditarbiyyah untuk menjadi hero seterusnya dengan melibatkan diri dengan KONFERENS-KONFERENS RIANG bersama-sama hero yang akan menyerlah satu hari nanti…(ke tak paham?hihi..)

Peace. 


Sunday, December 23, 2012

Cerpen : " Apa yang dah aku buat?! "


          Tiupan angin monsun bulan Disember di Terengganu tidak kurang sejuknya seperti hembusan angin di wilayah barat Australia. Rizal yang sedang berbasikal pulang daripada sekolah memandu di hujung kampung itu bukan main lagi mengayuh basikalnya dengan laju, seolah-olah meniru lagak gaya atlet negara, AzizulHasni Awang. Dia tahu akan bahaya yang bakal menimpanya jika diteruskan dengan kayuhan selaju itu, namun dia terpaksa menempuhi hujan lebat bersama tiupan angin sejuk yang dahsyat itu kerana tidak mahu membuatkan ayah dan mak risau di rumah.

          Basikal ‘Colnago for Ferrari Di2’ itu terus dikayuhnya sehinggalah selamat tiba di rumah. Rizal mendapati mak sudah berada di depan pintu. Seperti yang dijangkanya, air muka mak menjelaskan kerisauan terhadap dirinya.

          “ Mak, mak buat apa kat sini. Sejuk nanti. Jom masuk dalam. “, ujar Rizal.

          “ Mak risau. Mak tau, kalau hujan lebat-lebat macam ni pun, Rizal mesti redah jugak. Dah banyak kali mak pesan. Rizal tak nak dengar. Bahaya Rizal! Lain kali berhentilah kedai makan dulu ke, cari tempat teduh dulu. "

          “ Yalah mak. Lain kali Rizal buat macam tu ”, Rizal jawab dengan sopan cuba menenangkan kerisauan mak.



          Rizal tahu, dialah satu-satunya anak mereka. Anak tunggal. Rizal tahu, mak ayah sangat sayang akannya. Rumah mewah, basikal mahal, baju-baju berjenama, makanan yang setiap harinya bertukar-tukar menunya, semuanya disebabkan sayangnya orang tuanya kepadanya. Namun, semua itu bukanlah Rizal yang minta. Rizal tidak pernah menyalah gunakan kasih sayang orang tuanya. Rizal tidak pernah sesekali menyusahkan orang tuanya dengan meminta segala macam.

          Kalau dahulunya, di zaman persekolahannya, dia telah memasang niat untuk membalas jasa kedua ibu bapanya dengan keputusan peperiksaan SPM dengan cemerlang. Namun, selepas tamat persekolahannya, cuti selama 3 bulan sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM itu telah membuatkannya seolah-olah tiada arah dan tujuan hidup. Bangun pagi, pergi ke sekolah memandu, pulang ke rumah, tonton televisyen rancangan drama Korea, di sebelah petangnya bermain ‘video-game’ di komputer, dan di sebelah malamnya pula, keluar lepak dengan kawan-kawan yang tidak terlibat dengan program latihan khidmat negara, PLKN.

          Inilah kitaran hidup Rizal selepas menamatkan zaman persekolahannya. Ibu bapanya pula tidak kisah dengan apa yang dilakukan olehnya kerana inilah gaya hidup atau ‘trend’ pemuda dan remaja hari ini. Lagi, apa yang dibuat oleh anak kesayangan mereka itu tidak ada salahnya di pandangan mata mereka. Hanya dengan melihat Rizal gembira dan riang sudah mampu mengukir senyuman di wajah mereka.

          Ayam berkokok tandanya pagi. Rizal berasa hairan kerana dia tidak pernah mendengar kokokan ayam selama dia tinggal di rumah itu. Lebih-lebih lagi, matahari kelihatan sudah naik tinggi. Rizal menguap dan mengeluh.

          “ Ah, hari ni mahu buat apa, eh? ”

          Rizal sambung tidur lagi. Kali ini, azan Zohor pula membuatkan Rizal bangun dari tidur. Rizal mengeluh, lagi. Hari berlalu seperti biasa, begitu saja. Kosong.

          Malam itu, Rizal masuk ke bilik tidurnya awal walaupun dia tidak berasa mengantuk lagi. Biasanya, dia akan ber’chat’ dengan kawan-kawannya di ‘facebook’ ataupun bermain ‘game-online’ sampai lewat malam. Tetapi, kali ini, Rizal baring di atas katil, sambil matanya merenung kipas di siling walaupun fikirannya melayang jauh.

          “ Apa yang aku nak buat esok? Apa yang aku nak buat lusa? Apa yang patut aku buat? Aku dah buat semua yang aku nak buat. Aku dah tak tahu nak buat apa! ”, Rizal bermonolog dalaman.

          Dia merenung ke luar tingkap yang dibukanya tadi.

          “ Sebenarnya, apa yang aku patut buat? Apa tujuan hidup aku,eh? Tak terfikir pulak aku selama ni. Kenapa aku diciptakan, eh?”

          Soalan-soalan itu terus bermain dalam fikiran Rizal. Dia seolah-olah tidak tidur malam itu, gara-gara soalan-soalan tentang hidupnya. Selesai menunaikan solat Subuh, Rizal terus berfikir, dan berfikir. Rizal tidak dapat tahan lagi dengan kerunsingan soalan-soalan itu, lalu segera mendapati mak dan ayahnya.

          “ Kenapa ni Rizal? Kenapa Rizal tanya soalan macam tu? ”, tanya mak dengan kerisauan.

          “ Takde la. Tiba-tiba muncul soalan ni dalam fikiran Rizal. Ayah tahu tak tujuan hidup kita sebenarnya? ”, tanya Rizal dengan mengharapkan jawapan dari ayahnya.

          “ Er, buat baik dengan semua orang? Em, berjaya sampai menara gading? ”

          Rizal diam dan hanya mengangguk. Mak dan ayahnya melihat sesama sendiri dengan penuh kehairanan akan sikap anaknya yang tiba-tiba datang dengan soalan itu. Walaubagaimanapun, Rizal masih tidak puas hati dengan jawapan ayahnya tadi. Dia terus memikirkan jawapan yang lebih tepat.

 “Aha!”

          Rizal mencapai i-phone 5 miliknya lalu menelefon bekas gurunya, Cikgu Saiful yang kini menyambung pelajarannya pada peringkat ‘Master’ di Universiti Malaya. Dia terlalu rapat dengan guru muda itu dan menganggapnya sebagai abangnya sendiri.

          “ Hello! Abang!”

          “ Hello! Eh, Rizal! Kenapa tiba-tiba call  ni? ”

          “ Rizal ada soalan nak tanya ni, boleh tak? ”

          “ Eh? Soalan apa? Cepat sikit, cikgu ada class  5 minit lagi ni. ”

          “ Abang sekolah agama dulu kan. Em, semalam Rizal tak boleh tidur sebab fikir tentang benda ni. Tentang tujuan hidup. Apa tujuan hidup kita, eh? ”

          Cikgu Saiful ketawa kecil.

          “ Apa lah Rizal ni. Ish, ish, ish. Umur dah 17, tapi perangai tak ubah-ubah macam dulu. Suka sangat buat cikgu terkejut dengan soalan-soalan pelik kan? Ingatkan soalan apa lah tadi. Sampai call  cikgu tiba-tiba ni. Macam ni lah, Rizal buka al-Quran, cari surah al-Baqarah ayat 30, dan surah az-Zaariyaat ayat 56, ok? Cikgu nak kena cepat ni, boleh? ”

          “ Ok. Sibuk betul abang ni! Orang tengah excited nak tau benda ni! Rizal dah tak tau nak tanya kat siapa ”

          “ Eh, marah betul. Rizal kalau dapat result  gempak SPM nanti, datang lah kat sini. Baru tau sibuk ke tak. Lagipun, ‘abang’ kan ada kat sini, senang sikit nak jawab soalan-soalan pelik Rizal ni ”, ujar Cikgu Saiful sambil ketawa kecil.

          Sebaik sahaja perbualan menerusi telefon mereka ditamatkan dengan ucapan salam, Rizal bergegas mencari Al-Quran yang seminggu sekali dibacanya, iaitu ketika malam Jumaat untuk membacakan surah Yaasin. Dia membelek helaian demi helaian mencari surah dan ayat yang diberitahu oleh abangnya tadi.

          “ Oh! ”

          Rizal menjumpainya. Dia membacanya lalu menarik nafas panjang. Kini, dia sudah mendapat gambaran kecil tentang tujuan hidupnya. Dia tahu bahawa masih banyak liku perjalanan yang wajib ditempuhinya, sebagai seorang bergelar manusia. Dia tahu, hidupnya bukan sekadar kitaran yang dia sudah lakukan hampir selama 3 bulan itu. Ia jauh lebih daripada itu.
         
         
         
          

Ratings and Recommendations by outbrain