Friday, November 27, 2015

Langkah Mizi : Aku Mahu Hidup Susah!




Mizi masih memikirkan kata-kata cikgu Iqbal pagi tadi, walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Biasanya, waktu ini, dia masih segar bermain Dota bersama kawan-kawan onlinenya. Tapi, malam ini dia pilih untuk berfikir di luar game.

'' Hidup ini seperti Matematik. Kalau hidup kamu rasa senang, kamu sebenarnya tak hidup pon. Kalau kamu rasa susah, maka itulah kehidupan yang sebenar. ''

Lantas cikgu Iqbal pusing 180 darjah dan beredar meninggalkan Mizi terpinga-pinga. Kelihatan macho sekali gaya cikgu Iqbal setelah melontarkan kata-kata yang hebat dan diikuti pula dengan peredaran yang sempurna.

Walaubagaimanapun, bukan itu yang Mizi fikirkan. Dia sedang muhasabah diri dan memikirkan masa depannya. Dia perlahan-lahan cuba mengaitkan kata-kata cikgunya itu dengan dirinya.

''Aku, selama ni, hidup senang ja. Apa yang aku nak, sume dapat. Petik jari terus dapat. Tak ada benda yang aku takde. Rumah besar, kereta Tesla autonomous, bodyguard dua orang. You name it. Eh, ha'ah tapi takde awek. Tapi takpe, dunio blako''. Panjang pula fikir Mizi.

Sebenarnya, Mizi telah memberanikan dirinya untuk berjumpa dengan cikgu Iqbal di  sekolah pagi tadi setelah terkejut dengan countdown SPM yang hanya tinggal sepuluh hari sahaja lagi. Dia benar-benar menyesal dengan sikapnya selama ini yang ambil mudah dalam semua hal. Tambah lagi dengan ucapan cikgu kaunselor itu.

Awal pagi lagi Mizi sudah tunggu di  parkir kereta cikgu Iqbal. Dia tak dapat tidur dengan lena malam semalam. Hampir setengah jam dia menunggu, barulah kereta Mazda CX-5 merah milik cikgu Iqbal tiba.

''Kamu ni dah kenapa?!'', tanya cikgu Iqbal kehairanan dengan sikap Mizi itu.

''Eh, cikgu, bagilah salam dulu. Terkejut saya'', Mizi memang terkejut betul.

''Kamu jangan nak ajar saya. Saya cikgu, kamu pelajar. Saya yang ajar kamu. Bukan kamu ajar saya!''

Mizi diam sahaja. Dia tak mahu lagi berdebat dengan cikgunya itu, walaupun dia ialah wakil debat sekolah, bakat yang diwarisi daripada bapanya.

''Sebenarnya cikgu, saya terfikir tentang kata-kata cikgu semalam...dan...saya cuma tertanya-tanya...apakah yang patut saya buat sekarang, cikgu?", Mizi serius.

''What doesn't kill you makes you stronger.''

Lantas berpusing dan jalan membelakangi Mizi yang sedang terkejut dan meninggalkannya dalam keadaan terpinga-pinga, lagi.

''Apakaaaaaaaahhhh'', bisik hati Mizi.

Mizi menarik nafas panjang. Hembus.

Walaupun dia tak faham apa yang cikgu Iqbal katakan, namun dia tahu dia perlu ubah kehidupan senang dia selama ini. Dia tahu bahawa dia perlu hidup secara susah. Sekurang-kurangnya bersusahan selama lima hari lagi iaitu untuk menghadapi SPM.

***

Merdeka!

Pelajar-pelajar  SPM sekolah itu semuanya menjerit dan bertempiaran sini sana meraikan kebebasan.

Tiba-tiba muncul cikgu Iqbal.

''Eh, cikgu! Mana cikgu pergi selama ni? Tak datang bagi motivasi kat kitorang pon masa SPM ni!"

"Jangan nak ajar saya. Ha, macam mana? Boleh jawab tak?"

"Susah"

"Ha, first time rasa susah ya? Berakit-rakit ke hulu, berenang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian''

Lalu pusing dan jalan meninggalkan Mizi.

''Cikgu ni banyak sangat tengok movie agaknya'', bisik hati Mizi.

Namun, dia faham. SPM bukanlah segala-galanya. Keputusan SPM pula akan diumumkan tiga bulan lagi. Mizi yakin, nothing is impossible.

Mizi berazam untuk menuruti kata-kata cikgu Iqbal. "Hidup bersusah-susahan". Tapi, dia sudah ada plannya sendiri untuk masa depan. Dia mahu hidup bersusah-susahan tanpa menggadaikan rumah besarnya, kereta Teslanya dan bodyguardnya.

Bagaimanakah begitu?




-budak hiro-

Ratings and Recommendations by outbrain