Saturday, February 19, 2011

Kisah Sebatang Pokok Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "

Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya," pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.

Mereka berdua menangis kegembiraan.

Cerita ini dipaparkan untuk mengajak semua untuk berfikir tentang pengajaran yang dapat diambil di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang digambarkan di dalam cerita di atas adalah anologi kepada kedua ibu bapa kita. Kita dapat lihat daripada cerita di atas, jika kita memerlukan bantuan, kita akan mencari ibu dan ayah kata. Selepas mereka membantu kita, kita selalunya tinggalkan mereka dantidak ambil kisah tentang mereka. Mereka (ibu bapa) sentiasa mencari jalan untuk membantu anak-anak mereka, namun ramai anak di luar sana yang tidak mengenang budi malah menderhakai mereka. Fikirkan.

from iluvislam.com . here

T.I.D.U.R

hm...lama betol dah x update blog ni...sry deh

lenguh.....badan ini lenguh2 rasanya...mungkin aku tersalah tidur rasanya ( salah cara tidur ) ...

bercakap tentang tidur, aku nak kongsikan tentang persediaan sebelum tidur........





Daripada Aisyah r.a katanya: " Nabi s.a.w. apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua dua tangannya ( seperti berdoa ), lalu meniup dan membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq, surah An-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan badannya . Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.

(At-Tirmizi )


Selain itu sebelum tidur, baginda menunaikan solat witir kerana Nabi s.a.w. juga telah megingatkan ummatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur.



Diriwayatkan oleh Barra' bin 'Azib r.a , bahawa Rasulullah pernah bersabda :

Maksudnya: " Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian, hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. 

( Hr Bukhari dan Muslim )



Tidur dengan meniarap?

Abu Umamah r.a berkata : Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan bersabda:

Maksudnya: " Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam "

( Hr Ibnu Majah )

Dr. Zafir al-Attar berkata :

" Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesukaran untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

Terdapat suatu kajian di Australia dan hasilnya menyatakan bahawa akan berlaku peningkatan kematian kanak2 kepada 3 kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Saturday, February 12, 2011

Jom ke Masjid

Dari Ubai bin Kaab r.a : Katanya "Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu, dia tidak pernah ketinggalan bersolat jemaah. Kata orang kepadanya, " Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik". Dia menjawab, : Aku tidak .. suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis ALLAH pahala bagiku". Sabda Rasulullah S.A.W., " Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagimu".

***

Lepas je Na bace hadith ni op, Na terus tersentak...tertunduk dan terfikir seketika ...

Na sangat kagum dengan lelaki tu.....


Ganjaran menanti bagi golongan yang mengimarahkan masjid


Sabda Rasulullah S.A.W., " Apabila kamu melihat seorang lelaki yang sentiasa ke masjid, maka saksikanlah bahawa dia seorang yang beriman".

( Riwayat AT-Tarmizi )


Allah telah berfirman,

" Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid2 Allah itu ialah orang2 yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah(dengan adanya sifat2 yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat pentunjuk.

( Surah AT-Taubah, ayat 18 )

***


" Pergi masjid bukannya dapat duit..."

" Apa pekdahnye pergi masjid, nanti kene sedekah kat tabung masjid, kalau x sedekah, malu plak nanti.."

Kita hidup ni, bukan semata-mata untuk duit ... janganlah kita tergolong dalam kalangan yang menjadi hamba kepada berhala...........iaitu duit. Walaupun kita ke masjid, tapi x dapat duit , atau ... x kesah la benda2 lain...tp sedarlah, kita akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T , insyaAllah...

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, : Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naunganNya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya, iaitu :

Na nak fokuskan kepada satu golongan ni je ye (berkaitan dengan tajuk) ...... iaitu seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan solat jemaah di dalamnya)

Sama2lah kita mengimarahkan masjid Allah dae...moga2 Allah berkati kita

wallahua'lam

Saturday, January 29, 2011

Fruits!

Buah-buahan memang tak boleh dinafikan sebagai makanan yang berkhasiat dan lazat.
Ada buah yang dipanggil pencuci mulut, ada yang tak...( ke........semuanye pencuci mulut? hmm..x kesah la yang tu... )
Buah2an + Sayur2an

Dah memang namanya pencuci mulut, mestilah nak cuci mulut lepas makan kan?? kot2 ada sisa2 makanan lekat kat celah gigi ke...so, kita cuci guna buah..sebab tu nama dia pon pencuci mulut kan?

Nope!!

Salah la.....kita sepatutnya makan buah-buahan sebelum kita makan makanan yang berat ( betul ke makanan yang berat? ) Contoh makanan berat adalah seperti makan tengahari, makan malam..( makan nasi dengan lauk yang best2 tuh..) Sebab, bila kita makan buah-buahan sebelum makan nasi contohnya, dia akan merangsang / stimulate stomach to secrete MORE hydrocholoric acid to help in BETTER digestion..sebenarnya ada banyak lagi kelebihan makan buah sebelum makan nasi dan keburukan makan buah selepas makan nasi..

Satu lagi, sudah menjadi sunnah Rasulullah s.a.w makan buah-buahan sebelum makan makanan lain, bukannye lepas makan...hebat kan?

Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)(Al-Ahzab: 21)

So, ikutlah nabi kita....jadikan baginda sebagai ...erm,,mat saleh sebut sebagai ROLE MODEL op..ok2??


" The greatest wealth is health "

Wednesday, January 26, 2011

Sabar dalam Berdoa

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan."
Lalu baginda ditanya oleh seseorang, " Apa maksudnya meminta dicepatkan?"
Jawab baginda, " Umpamanya seorang itu berkata dalam doanya, : " Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa."
(Muslim)

Doa itu Ibadah


Sebagai hamba, kita TIDAK boleh/berhak/layak memaksa Allah untuk memperkenankan hajat kita...
Sesungguhnya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang kita tak ketahui.
Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan, tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik..

****

Nabi Zakaria a.s telah berdoa puluhan tahun agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan oleh Allah.
Antara isi doa baginda, " Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah, dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. ( Maryam:4 ) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya.

Begitulah sikap yang harus kita contohi iaitu tidak kecewa dan bersabar dalam berdoa...

Ratings and Recommendations by outbrain