Tuesday, May 31, 2016

Gelap

Saat aku kenal dunia
Mata aku buka
Aku sangka cahaya yang menerangi
Rupanya kegelapan yang menyelubungi

Dulu aku sangka
Burung-burung terbang menyanyi gembira
Kini aku sedar burung-burung itu sedang menjerit
Menasihati kita

Hari itu aku mahu ubah dunia
Hari itu juga aku sedar itu bukan mudah

Hari ini aku mahu ubah diri
Hari ini juga aku akan ubah dunia

Kerana kata-kata belum mampu ubah dunia
Kalau tidak sudah tentu dunia sudah damai
Kerana akhirnya aksi lebih hebat daripada kata-kata

Sungguh aku ini lemah
Ini bukan mudah
Pimpinlah tangan ku
Tunjukkanlah jalan ke Syurga

Monday, January 25, 2016

Tadabbur TupperWare

Masa kecil-kecil dulu, saya selalu bawa bekal pergi sekolah. (bawa bekal : bekalan makanan dalam bekas). Dan memang selalunya pakai TupperWare lah sebagai bekas makanan tu.

TupperWare ini memang sangat femes sampai orang ramai keliru tentang bekas makanan biasa dan TupperWare. Bagi mereka, tak ada beza pon bekas makanan biasa dan TupperWare. Senang kata, mereka fikir :


Bekas makanan = TupperWare, TupperWare = Bekas makanan

Which is wrong!


TupperWare itu ialah jenama bekas makanan, bukannya bekas makanan tu sendiri.

Contoh lain kekeliruan jenama dan nama ialah;

*Frisbee = Piring Terbang

*Coca-Cola = Air Gas

*Pampers = Drypers

*Ping-pong = Table Tennis

*Google = Search?


--

Begitu femes sekali TupperWare ini sehinggakan orang ramai menamakan bekas makanan sebagai TupperWare ini.

Sunday, January 24, 2016

Payung Yang Terbaik.

Hari makin hari, bahasa melayu tampak makin mudah untuk diubah-ubah, walaupun tak semestinya secara official ditulis dalam professional essay ataupun dalam soalan peperiksaan.

Sebagai contoh,

1 - Perkataan "kot"

Kalau dulu, "kot" digunakan apabila kita tak yakin atau tak sure sesuatu.

Contoh ayat :

A : Apakahhhhh !!! (bunyi hon)... Kenapa tak bagi signal doh? Sikit lagi nak langgar tadi!
B : Sebab tangan kanan dia kudung, kot.
A : Oh...betol gak kan.


Tapi sekarang, perkataan "kot" ini juga digunakan sebagai penekanan atau tawkeed dalam bahasa arabnya.

Contoh ayat :

A : Ha, tu kereta tadi. Cuba tengok tangan kanan dia ada ke tak.
B : Ok, ok. Eh, dia ada tangan lah. Besar lagi taff kot!


Begitulah lebih kurang.



2 - Perkataan "bapak"

Kalau dulu, "bapak" ini bermaksud bapa atau ayah.


Thursday, January 21, 2016

Si Raja dan Si Rakyat

[Kisah Dongeng]

[link]



"
Pada suatu masa dahulu, seorang raja yang zalim telah memerintah tanah jajahannya dengan jahat sekali. Hampir semua rakyat membencinya. Ya, hampir. Entah kenapa ada juga yang masih menyokong pemerintahannya walaupun sudah jelas dan nyata kepala mereka dipijak-pijak (bukan secara literal).

Pada satu hari, dia berasa ingin mencuba masakan baru yang baru dia tonton di television. Walaupun dia mempunyai chef-chef yang terkemuka di istana besarnya itu, namun, dia sekali-sekala turun menjenguk ke dapur dan memasak untuk dirinya sendiri. Namun itu bukanlah kerana untuk menyahut cabaran #2kerja, tetapi itu sememangnya hobinya dari kecil.

Antara bahan masakan baru yang mahu dicubanya ialah madu.

"Hmm, madu? Madu ni mahal kan? Beta tak mahu keluarkan satu sen pon duit beta. Tapi macam mana ya?", fikir si raja itu.

"HAA!"

Tiba-tiba si raja dapat fikir cara terbaik untuk mendapatkan madu tanpa bersusah-payah. Si raja itu pon memanggil pembesar-pembesarnya untuk mendekatinya.


Monday, January 18, 2016

Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Pemilik "Virgin"

Kalau ditanya tentang figura yang bernama Richard Branson kepada orang bisnes pasti semua akan kenal. Boleh kata, "sapa tak kenal dia ni, maka dia bukanlah orang bisnes!".

Macam tu sekali.

Kalau tak kenal jugak, ini lah orangnya :

Richard Branson

Beliau yang lahir pada tahun 1950 ini sangat cemerlang dalam sukan pada usia mudanya dahulu, namun ada sedikit dyslexic (Ada yang mahu kaitkan dengan Dato' Aliff Terlajak Laris?).

Pada mulanya, beliau tak kisah pon samada beliau tak pandai membaca kerana dia mahu untuk menceburi bidang sukan. Namun, tak lama kemudian, dia telah mengalami kecederaan lutut yang awalnya membuatkan masa depan beliau terus gelap. Iyalah, baca tak reti sangat, sukan sahajalah harapannya, tapi ini pula terjadi!

Begitulah pada awalnya.


Ratings and Recommendations by outbrain